Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Begedil Daging Frozen

Salam Semua,

cik elza nak promote begedil daging frozen. kalau berminat, pm la cik elza... cik elza jamin begedil ni memg sedap...


1 bekas mengandungi 20 biji begedil

Bahan2 yang dalam begedil daging

Tuesday, June 7, 2011

Rendang Arnab

Salam Semua ...

Pada 4/6/2011, elza dah sembelih arnab peliharaan elza sebanyak 21 ekor. arnab tersebut elza masak sup arnab, kari arnab dan juga rendang arnab.

elza buat la umah terbuka dan hidangkan rendang arnab dan laksa (laksa elza hand made tau). ramai juga yang datang umah elza masa tu). rendang arnab tu elza tempah dari pakcik Jalil (memg pandai en jalil masak). ramai yang memuji masakan rendang tersebut.

elza yang tak pernah makan daging arnab pun makan juga... memg nikmat la rendang tu... elza x sempat la nak tangkap gambar(sibuk layan tetamu masa tu). kalo ada masa lain kali, elza tangkap gambar yer.....

lain kali kalo elza ada bela arnab lagi, baru elza masak untuk u all.... penduduk tg malim memg x pandai makan arnab(kalo makan free. memg semua org pandai... hehehe)... lain kali, kalo elza bela arnab lagi, elza nak niaga rendang arnab la.....

Tuesday, September 14, 2010

..:: Gulai Ikan Hijau ::..


BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili hijau
3 cm lengkuas
3 batang serai
50 gm daun ketumbar


BAHAN LAIN:
2 cawan santan
1 kg ikan cermin
10 batang kacang panjang
100 gm terung pipit


CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan kisar dan santan ke dalam periuk kemudian didihkan.
2. Masukkan pula kacang panjang dan terung pipit dan biarkan setengah masak.
3. Selepas itu masukkan ikan serta garam dan gaul rata.

..:: Sandwic Pulut ::..

BAHAN-BAHAN:
500 gm beras pulut


BAHAN INTI:
200 gm kelapa parut (ambil putih)
2 ketul gula kabung
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam


BAHAN SOS:
250 ml santan
Sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN:
1. Beras pulut direndam semalaman. Kemudian kukus selama 30 minit.
2. Untuk membuat inti, gula kabung dimasak bersama dengan sedikit air, daun pandan dan garam secukupnya. Apabila sudah cair, masukkan pula kelapa parut. Masak sambil dikacau sehingga pekat.
3. Pulut yang telah siap dikukus tadi dimampatkan di dalam loyang, diselang-seli dengan inti.
4. Untuk sosnya, masak santan dengan garam di atas api perlahan. Setelah masak, hidangkan bersama pulut tadi.

Friday, August 6, 2010

..:: Sardin Tomyam ::..

Kalo dah suka sangat makan sardin tin, macam2 resepi saya buat dengan sardin ni.. Ni ada resepi baru, boleh la cuba


Bahan2:
1. 1 tin kecil sardin (terpulang la apa2 brand)
2. 2 helai daun limau purut
3. 1 batang serai
4. 1 kuntum bunga kantan
5. 1 biji tomato
6. 1 biji bawang besar
7. 4 biji cili api
8. sedikit pes tomyam ( x kisah la tomyam apa, tp lebih baik jenis pes)
9. sedikit garam




Cara2:
1. Goreng bawang, masukkan pes dan serai dan cili
2. kemudian baru masukkan sardin td (tambah la air sikit dlm tin yang ada baki sardin td) & terus masukkan air tu
2. kemudian, masukkan limau purut & bunga kantan. kemudian baru masukkan tomato dan garam.
3. kalo air dah sedang2, boleh la tutup api

..:: Nasi Goreng Tomyam ::..

Hari ini, baru nak masukkan resepi nasi goreng tomyam,,, buatan asli.. :)) .. 
gambar x der sebab lepas cuba terus makan... muaha!!!


Bahan2 :
a) 2 mangkuk nasi
b) 5 ekor udang
c) 100g kobis bulat ( potong ikut suka)
d) sikit pes tomyam...
e) 1 biji tomato (potong 6 )
f) 3 biji bawang kecil (hiris untuk goreng)
g) 1 biji bawang putih (ketuk sikit)
j) sedikit ikan bilis
k) 4 biji cili api (hiris pun boleh)
l) garam




Cara2:
1. tumis bawang kecil, bawang putih & cili api
2. kemudian masukkan ikan bilis
3. masukkan pes dan udang.  dah hampir masak, baru masukkan kobis (jgn lama sgt nanti kobis tu layu)
4. masukkan tomato , kemudian masukkan nasi
5. rasakan garam & tutup api

Monday, July 19, 2010

..:: Aiskrim Kopi Soda ::..

Bahannya:

1/2 cawan kopi tanpa gula
1 cawan ais krim soda F&N
1 pencedok ais krim berperisa vanila
Serbuk koko

Cara menyediakannya:

•Masukkan kopi di dalam cawan.
•Kemudian tambahkan ais krim soda F&N.
•Akhir sekali tambah satu pencedok ais krim vanila dan taburkan serbuk koko di atasnya. Sedia untuk diminum.

Wednesday, July 14, 2010

..:: Sambal Daun Kunyit Petai ::..





BAHAN-BAHAN:
9 tangkai cili merah
2 helai daun kunyit
2 papan petai (jangan buang kulit)
1 labu bawang besar
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumis kedua jenis bawang hingga kuning.
2. Kemudian masukkan cili kisar, petai, daun kunyit, asam gelugur, garam dan gula.
3. Tumis hingga garing.

..:: ikan Berlada Taucu ::..

BAHAN-BAHAN:

5 ekor ikan puyu
2 batang serai (ketuk)
3 sudu besar taucu
6 sudu besar minyak masak
Garam

BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili hijau
5 tangkai cili merah
1 biji tomato

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaul ikan dengan kunyit dan goreng. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
3. Kemudian masukkan taucu seterusnya ikan.
4. Tambahkan gula dan gaul hingga sebati.

..:: Kari Ketam Istimewa ::..







BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam (potong dua)
1 sudu kecil herba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
2 cawan santan
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.
4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.

..:: Ayam Bakar Cara Cina ::..

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (belah lapan)
1 sudu besar gula
6 kuntum cendawan
3 tangkai daun bawang
2 sudu besar mentega
Garam dan lada sulah secukup rasa
Halia secukupnya (cincang halus)
Air rebusan ayam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayam yang telah dilumurkan garam dan lada sulah.
2. Tuangkan air rebusan ayam dalam mangkuk tahan panas dan masukkan ayam. Taburkan halia dan gula.
3. Hiris cendawan dan potong daun bawang.
4. Taburkan di atas ayam.
5. Letakkan mentega dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 200oC selama 20 minit.
6. Kemudian sudukan air rebusan dan mentega cair di atas ayam dan bakar lagi selama 15 minit.

Monday, May 31, 2010

..:: Mee Suah Sup :..

Bahan2 :
1 bungkus mee suah
3 biji bawang putih (hiris halus / tumbuk)
3 sudu rempah sup (di bancuh dengan air)
10 ekor udang ( boleh digantikan dengan sotong / daging hancur)
2 biji kentang (potong dadu)
2 batang sayur sawi ( pilihan)
kiub ikan bilis (pilihan)
Sedikit minyak
Sedikit Garam

Cara2 :
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih
2.Masukkan rempah sup yang telah dibancuh, air serta garam (jika perlu)  dan kiub ikan bilis dan biarkan sehingga mendidih. Air suah perlu banyak kerana mee suah akan menyerap air/kuah apabila sejuk.

3.Masukkan udang, kentang dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit. Lepas itu, masukkan sayur sawi (jika ada)
4.Seterusnya, masukkan mee suah.
7.Akhir sekali taburkan bawang goreng dan lada merah hiris.

Saturday, May 29, 2010

..:: Dendeng Daging ::..

Bahan2 untuk daging :
1/2 kg daging
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 camca ketumbar
1 camca jintan manis
garam

Bahan2 sambal:
10 biji cili besar (merah)
5 biji cili api
2 biji bawang merah
Garam
Minyak masak
Asam keping/ air perahan limau

Persediaan untuk daging :
Tumbuk bawang besar, bawang putih, ketumbar, garam & jintan manis. Kemudian rebuskan daging sehingga empuk

Potong daging nipis-nipis selebar 1 atau 2 inchi
Di tumbuk sedikit nipis (supaya tidak liat)
Gorengkan sehingga sedikit garing.Ketepikan

Persediaan sambal :

Tumbuk bahan2 sambal sehingga lumat
Goreng bahan2 yang telah ditumbuk dengan api yang kecil
Masukkan asam keping/ air perahan limau
Setelah masak, masukkan daging yang telah digoreng td.

Monday, May 24, 2010

..:: Petua Rangupkan Cucur ::..

Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang, tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng.

..:: Begedil Daging ::..

Bahan2 :
2 bj kentang
segenggam daging cincang
daun ketumbar (dicincang halus)
5 sudu besar bawang goreng
bawang putih (dikisar)
bawang besar (dikisar)
sedikit serbuk ketumbar
1 cawan air
1 biji telur (di pukul)

Cara2:
1. Masakkan minyak dan tumiskan bawang putih & bawang besar yang telah dikisar sehingga naik bau
2. Masukkan daging, air & garam . Masakkan daging tadi sehingga empuk, lembut dan air kering
3. Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
4. Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur
5. Kemudian ambil daging (yang telah dimasak td) dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
6. Setelah itu masukkan daun ketumbar, bawang goreng, serbuk ketumbar & sedikit garam.
7. Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6. Akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Wednesday, May 19, 2010

..:: Jem Roselle ::..

Kali ini cara2 nak buat jem roselle

Bahan2 :
Kelopak roselle
Air
Gula
Pektin
Asit Sitrik

Cara2:
Semua bahan2 tersebut dimasak menggunakan api yang perlahan, sehingga air tersebut kering.


Pada awalnya, aku saja ajer menanam pokok ini, ada dalam 16 pokok. lepas tu, bila kawan2 datang umah dan memberitahu bahawa kelopak roselle ini sedap dimakan begitu saja, aku pun mencubanya. Memg sedap selain membuat jem & jus.

Thursday, April 29, 2010

..:: Roselle Cheese Tart ::..




Bahan-bahan :
a) Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

    b) Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
    250 gm cream cheese
    50 gm gula aising
    20 gm mentega (lembutkan)
    1/2 sudu besar perahan lemon
    1 biji telur (gred B)
    Roselle pie filling

      Cara-cara:

      Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

      Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

      Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

      Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan roselle filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

          Wednesday, April 28, 2010

          ..:: Agar-Agar Coklat ::..

          Bahan-Bahan:
          7 g agar-agar (direndam dan ditoskan)
          5 cawan air mendidih
          1 cawan gula pasir
          1 cawan susu sejat
          1 camca teh esen vanilla
          2 camca sederhana serbuk koko
          ½ cawan air panas
          4 butir putih telur (dipukul hingga kental)

          Cara :
          Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih.
          Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu.
          Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya.
          Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api.
          Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata.
          Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan.
          Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...