Followers

Monday, August 2, 2010

* Lucky Draw: Who's The Lucky One *

Mood join giveaway mai dah..he..he..
jom test 'tuah' Lucky Draw anjuran Super Dooper Kawai Mommy & Lil Ones


Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones


Sayang Baby Ibu

Tag :
1) Kak ina
2) Kak Umi
3) Kak Sha

..:: kurma di bulan puasa ::..

Buah kurma mempunyai khasiatnya tersendiri. Kerana itu, ketika berpuasa kita digalakan berbuka dengan buah kurma agar mendapat kesegaran dan tenaga. Kandungan antioksidan di dalam buah kurma dua kali ganda berbanding dengan buah kismis, aprikot kering mahupun beri biru. Kurma memberi tenaga serta merta mengandungi 50 peratus hingga 57 peratus glukosa di dalamnya. Disebabkan itu orang yang berpuasa mudah berasa segar dan bertenaga selepas menikmati buah kurma setelah seharian tidak makan ataupun minum.

Seperti buah pisang, buah kurma juga mengandungi potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf. Ia amat baik walaupun diambil berlebihan khususnya untuk mengatasi masalah kesihatan saperti sembelit, lemah otot, letih, tekanan, sengal sengal badan dan juga untuk menguatkan daya ingatan. Buah ini jika dimakan tanpa kulitnya, ia boleh membantu melewaskan perut dan memudahkan pembuangan najis serta mencegah daripada mengalami masalah usus. Kurma juga sesuai dimakan oleh wanita selepas bersalin untuk menggalakan pengeluaran susu badan. Selain dari itu ia turut membantu tumbesaran anak anak dan beperanan dalam pembentukan darah dan sum sum tulang. Oleh itu buah kurma bukan saja baik untuk golongan dewasa malah kanak kanak juga dapat manfaat yang banyak daripada nya.

..:: PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA ::..

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :


1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .

3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .

4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya.

6. Kedatangan haid atau nifas.

7. Gila walaupun hanya sekejap masa.

8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

9. Bersalin.

10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.

11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...