Followers

Wednesday, November 24, 2010

~ Baju Kurung - Hasil Jahitan Sendiri ~

Selama ni, saya hanya membantu mak menjahit leher baju kurung samada jahit tulang belut, atau karipap atau mata lalat.. Tapi kali ni, saya berjaya menyiapkan sepasang baju kurung hasil usaha saya selama ini. Tapi kelainan saya telah lakukan iaitu jahit leher dengan menggunakan jahitan tali belati.

Tali belati ni lain sikit daripada tulang belut ni. Jahitan nya lebih kemas dan nampak lagi cantik. Saya suka tali belati ni sebab jahitannya seakan-akan tulang belut.

Ni lah jahitan tali belati





Nanti saya akan uploadkan baju kedua dan seterusnya. Baju kedua akan diubah kepada baju kurung moden.

Tuesday, November 23, 2010

Monday, November 22, 2010

..:: Aloe Vera Kampung & Aloe Vera Lanscape ::..

Aloe vera sesuai digunakan di dalam bidang perubatan , contohnya di letakkan pada luka/parut kesan excident atau digunakan untuk penyakit kulit.

Saya ni, pergi la ronda kampung dan pekan untuk mencari pokok aloe vera ni. Cari punya cari, jumpa la satu pokok aloe vear kampung... Tp x cukup untuk di buat ubat.. Lepas itu, ekspedisi disambung semula. Akhirnya saya singgah la ke kedai Nursery ROZAI ( Behrang). Jumpalah aloe vera lanscape.. Kakak itu cakap, pokok ni besar, dan aloe vera nyer pun byk..

Kali kedua saya pergi ke nursery kakak itu, aloe vera tu dah x der stok yang besar. Just ada anak pokok ajer.. Nak di besarkan makan masa juga.



Kegunaan :

1. Penyakit batu karang, kencing manis, darah tinggi - sebagai makanan sampingan
2. Melecur, luka, ulser - isi daun dilumur / disapu pada tempat yang sakit
(Petikan diambil daripada buku Tumbuhan Ubatan Traditional Malaysia Institut Biosains UPM)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...