Followers

Monday, December 21, 2009

..:: Genap Sebulan Kemalangan Ngeri :..

Salam Semua,

Kemalangan maut pada 22.11.2009 di KM 359 di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara yang telah meragut nyawa abang ipar (Ramli - ayah Fauzan) dan mak saudara (Masnidar - Mummy) yang meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kejadian ini berlaku pada pukul 8.05 pagi dipercayai tayar belakang (sebelah pemandu) van ini telah meletup dan gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan van ini berguling 3x. Kami sekeluarga ingin menuju ke Grik, Perak untuk menghantar rombongan adik perempuan aku kahwin (Emi) dengan Shafie yang berlangsung disana. Kami bertolak pada pukul 6.30 pagi dari rumah aku di Kuang dan mula memasuki tol Rawang pada pukul 7.00 pagi. Pada masa kejadian, semua org membawa haluan masing2 dengan arwah tidur semasa kejadian, aku & mak aku tengah sembang mengenai isu-isu semasa. Selepas kejadian itu, kami semua dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, disebabkan pakar kurang dihospital berkenaan lalu kami dipisahkan ke hospital mengikut pakar. Tiada langsung sanak saudara kami yang mengiringi majlis kenduri adik perempuan aku. Jenazah abang ipar aku dibawa ke kampung halamannya di Sungai Besar, Sabak Bernam manakala jenazah mummy di hantar ke Gombak.
Yang paling memilukan, isteri arwah ( Kak Nur) langsung tidak dapat menatap suaminya buat kali terakhir dan kak nur juga tidak melihat pengebumian suaminya disebabkan anaknya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Sg Buloh. Kak Nur melawat kubur arwah suaminya pada 25.11.2009 selepas anaknya dibenarkan keluar daripada wad. Yang masih dirawat di dalam wad adalah ayah aku (kedua-dua belah kaki mengalami luka yang teruk & terpaksa mengambil kulit lain untuk ditampal ke luka2 tersebut) & juga isteri pemandu (putus tangan & disambung semula).
Kami sekeluarga masih dalam keadaan trauma dan takut untuk melalui jalan berkenaa, termasuk menaiki van atau bas. Masih terngiang2 lagi kami mengucap di dalam van berkenaan. Kak Nur asyik bertanya diri sendiri mengapa dia tidak memegang arwah suaminya semasa van berkenaan gagal dikawal. Aku juga masih tertanya2 bagaimana anak saudara yang aku pangku boleh tercampak keluar selepas kejadian. Aku terlalu sedih dengan kejadian ini. Walaupun kami sekeluarga redha dengan kejadian ini, tetapi kami masih dalam keadaan sedih, pilu, tertanya2 dengan diri sendiri & asyik mengingat kejadian berkenaan.
Van berkenaan adalah van yang telah disewa oleh pemandu di Syarikat AIRPORT TOUR & TRAVEL BHD, dan yang peling memilukan adalah syarikat berkenaan telah membayar 3rd party bagi insuran van berkenaan. Pihak Insuran tidak boleh melindungi semua penumpang yang ada di dalam van berkenaan.



Ini adalah Fauzan, selepas kemalangan. Ayah dialah yang telah meninggal semasa kejadian.

Thursday, November 5, 2009

..:: Pokok Orkid ::..

Bila tengok pokok orkid dirumah2 orang, seronok rasanya. aku pernah belikan 4 pasu pokok orkid tuk mak aku tp kesemuanya mati, kecewa juga. aku ingat, aku pun nak try la semai pokok orkid.... tp bila dipikir2 kan balik, aku ni dah la bekerja, bila masa yang sesuai untuk menjaga orkid? aku juga bukannya tahu sangat pasal selok belok penjagaan orkid ni,,, secara kasar nampak mcm susah.. orkid ni ada pelbagai jenis iaitu indoor, outdoor & menumpang.. nurseri yang arif tentang orkid ni ada di Jalan Kuala Kubu Bharu, beliau memg expert dalam penjagaan orkid ni.. nanti, suatu hari nanti, aku akan ada laman orkid yang terbesar di kawasan rumah aku.

..:: Tempahan Benih Cili ::..


Aku x sangka, ada org yg suruh aku semaikan dlm 700 pokok cili api.. semaian cili api & cili masak ni adalah berbeza,,, cili masak kena ada panjagaan yang sangat rapi & kalo umur yg terlalu muda kena letak di dalam rumah semain. cili api plak x boleh di tempat yang panas tetapi perlukan cahaya. seronok juga aku bercucuk tanam, tp masa yg selalu mengganggu la.. yela, aku menjaga pokok semaian ni dengan belaian kasih sayang. Minggu depan, dah genap sebulan pokok semaian aku, & org tersebut akan ambil pokok semaiannya. Aku doakan kepada En Suhaimi & EN Mat supaya impian anda menanam pokok cili api 1000 pokok akan terhasil & dapat memasarkan cili api tersebut di kawasan Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...