Followers

Monday, March 26, 2012

Pengalaman BARU!!!

As Salam,

Kali ini, cik elza nak bercerita mengenai pengalaman baru yang tak mungkin cik elza lupakan.

Kisahnya bermula begini.

cik elza dijemput oleh seorang kenalan menemui seorang kakak yang tinggal berhampiran dengan umah cik elza. Kakak ini, berharap sangat yang cik elza dapat membantu beliau. Tanpa ragu-ragu, cik elza terima la hajat kakak ni untuk membantu beliau.

Pada malam berikutnya, cik elza cuba la untuk membantu. Dengan perasaan berani, cik elza keluar umah pada malam tersebut. Rupa2nya cik elza telah diekori oleh makhluk tersembunyi. Habis semua ayat Al-Quran keluar dari mulut cik elza ditambah plak dengan surah Yasin. Tetapi makhluk tu tidak mahu pergi. Akhirnya dengan perasaan marah, kawan cik elza bertanya kepada makhluk tersebut. Makhluk tersebut mengatakan bahawa dia adalah kepunyaan kakak tersebut. Masya Allah. Tergamam cik elza mendengarnya. cik elza tak sangka, kakak tu sanggup membela makhluk tu dimana makhluk itu adalah makhluk jahat dan bukan beragama Islam. Kalau dipandang zahir kakak itu, beliau dikenali dengan panggilan ustazah.

Sejak hari itu, makhluk itu sentiasa mengekori cik elza sampaikan tahap ketakutan cik elza di tahap tertinggi. Akhirnya, cik elza mengambil keputusan untuk menamatkan pertolongan cik elza kepada kakak itu. Hari yang sama juga, cik elza mencari orang yang mampu membantu cik elza. cik elza jumpa seorang pakcik yang cik elza gelar pak awang. Pak Awang tu yang memberitahu yang cik elza bahawa makhluk itu adalah hantu raya. Malah, Pak Awang tidak sanggup membantu cik elza kerana hantu raya tersebut terlalu kuat untuk dikalahkan.

Cik elza redha, cik elza lebih mendekatkan diri kepada Allah. cik elza memanjatkan doa supaya ada hamba yang mahu menangkap makhluk tersebut. cik elza x berani nak menghampiri kawasan kediaman kakak tu lagi.

Sehingga kini, makhluk itu masih berdamping dengan kakak tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...