Followers

Thursday, April 29, 2010

..:: Roselle Cheese Tart ::..




Bahan-bahan :
a) Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

    b) Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
    250 gm cream cheese
    50 gm gula aising
    20 gm mentega (lembutkan)
    1/2 sudu besar perahan lemon
    1 biji telur (gred B)
    Roselle pie filling

      Cara-cara:

      Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

      Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

      Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

      Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan roselle filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

          ..:: Pengenalan Roselle ::..


          PENANAMAN
          Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.
          Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.  Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.
          PENUAIAN HASIL
          Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.
          KAWALAN PEROSAK
          Bena Lelompat Hijau
          Guna Imidachloprid (contoh:  Confidor 200 SL)  bancuhan 1.25 nk/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal)  dengan bancuhan 5 gm/4.6 liter air lalu disembur bila bena dikesan.
           
          Kepinding (Kumbang Hijau)
          Sembur dengan Deltamethrin 1.4% EC (Contoh:  Decis) 2-5.5 ml/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh:  Derosal) 5 gm/4.5 liter air.
             
          Rumpai tumbuh di atas dan diantara batas
          Sembur dengan Glufosinate 13.5% EC (Contoh:  Basta 15) secara berhati-hati menggunakan fan nozzle dan pelindungan semburan.
           
          Daun Kekuningan
          Tabur NPK 15:15:15 (1gm/pokok) dan Urea (46% N - 5 gm/pokok) rata di atas batas dan ditimbus.

          Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl.
           
          HASILAN ROSELLE
          Ekstrak roselle dan khasiatnya
          Ekstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman dan seterusnya ekstrak ini bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.
          Minuman roselle
          Minuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.
          Halwa roselle
          Salut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle.
          Serbuk roselle
          Serbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 80°C selama 6/8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.
             
          Jem dan jeli roselle
          Salut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya

          Wednesday, April 28, 2010

          ..:: Agar-Agar Coklat ::..

          Bahan-Bahan:
          7 g agar-agar (direndam dan ditoskan)
          5 cawan air mendidih
          1 cawan gula pasir
          1 cawan susu sejat
          1 camca teh esen vanilla
          2 camca sederhana serbuk koko
          ½ cawan air panas
          4 butir putih telur (dipukul hingga kental)

          Cara :
          Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih.
          Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu.
          Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya.
          Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api.
          Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata.
          Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan.
          Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk

          ..:: Rahsia Sebuah Alam Perkahwinan ::..

          Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri atau kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:






          1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
          2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
          3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
          4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan ; sifat memahami anda.
          5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
          6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
          7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
          8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
          9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasn ya.
          10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
          11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
          12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
          13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk m enelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
          14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
          15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
          16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan and a perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
          17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak > menyangka yang bukan-bukan.
          18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
          19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
          20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
          21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan a nda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
          22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
          23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
          24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
          25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
          26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
          27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
          28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
          29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plas tik sampah dalam tong itu.
          30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
          31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
          32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu > yang dia suka.
          33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
          34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
          35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
          36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
          37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
          38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
          39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
          40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
          41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
          42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
          43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
          44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
          45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
          46. Belika n dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
          47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.
          48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
          49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
          50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
          51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
          52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
          53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
          54. Solat bersama dan berdoa bersama.
          55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
          56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
          57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
          58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
          59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
          60. Pastika n bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
          61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
          62. Bi la dia memasak, pujilah masakannya.
          63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
          64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
          65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
          66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
          67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
          68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
          69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
          70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
          71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
          72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
          73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
          74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
          75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
          76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...