Followers

Monday, May 31, 2010

..:: Mengenai Peronda Lebuh Raya ::..

1) Tugas polis peronda lebuh raya atau anggota penguatkuasa lebuh raya adalah mengiringi orang2 kenamaan (VIP), mengeluarkan saman kepada pesalah lalu lintas dan menjalankan tugas penguatkuasaan di lebuh raya seperti memeriksa kemalangan dan kenderaan yang mencurigakan

2) Anggota bertugas selama 8 jam sehari dan dibahagikan kepada 3 syif iaitu mulai 7pagi - 3petang, 3petang - 11malam dan 11malam - 7pagi. Tugas penguatkuasaan dan pemeriksaan dijalankan 24jam sehari bagi memastikan pengguna lebuh raya selamat sepanjang masa.

3) Polis peronda lebuh raya dibahagikan kepada beberapa sektor atau zon diketuai seorang komander

4) Bagi sektor lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban atau dikenali sebagai Zon tengah, anggota penguatkuasa zon ini bertanggungjawab meronda, memeriksa dan berhenti di semua plaza tol di kedua-dua arah lebuh raya bermula dari Plaza Tol Sg Besi ke Plaza Tol Nilai sejauh 47km.

5) Anggota akan berhenti, memeriksa dan menulis laporan dalam buku catatan di semua plaza tol yang dilawati sekiranya ada kes berlaku

6) Tugas rondaan dijalankan sama ada menaiki kereta peronda dengan seorang atau 2 rakan setugas yang lain atau bersendirian menaiki motosikal

7) Sebelum keluar meronda, anggota dikehendaki membuat beberapa pemeriksaan rutin bagi mengelak timbul kesulitan semasa bertugas. Pemeriksaan tersebut adalah untuk memastikan ada membawa kon, baju hujan, alat perhubungan walkie talkie, buku saman dan air minuman

8) Anggota juga harus memastikan kereta peronda atau motosikal yang akan digunakan untuk bertugas berkeadaan baik, bersih dan mempunyai minyak yang cukup. Minyak yang mencukupi penting kerana tempoh meronda tidak menentu. Kadangkala berlaku kes yang memerlukan polis mengejar penjenayah atau bekerja lebih masa.

9) Senjata api perlu dibawa kerana bimbang terserempak dengan penjenayah merbahaya yang memiliki senjata api  

..:: Unsur-unsur Wanita Dalam Keluarga::..

Wanita boleh di unsurkan kepada 4 bahagian (tanah, air, api dan angin), ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

1. Tanah
Tanah yang subur mempu menjadikan tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Rendah diri serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya.
b) Tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
c) Tenang, selalu memberi galakan dan sokongan
d) Tidak suka membantah atau membangkang.
e) Berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

2. Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita yang bersifat air biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Menghidupkan hati dan menjadikan sesiapa sahaja sentiasa bersemangat.
b) Mengambil berat dan kebajikan serta tidak pembimbing
c) Hatinya bersih serta serta dapat mebahagiakan keluarga.
d) Menenangkan hati bagi sesiapa yang menghadapi masalah.

3. Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita yang bersifat api biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Cintanya sentiasa hangat membara serta kuat cemburu.
b) Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal keluarga.
c) Penasihat yang baik.
d) Pandai dan cekap menguruskan keluarga.
e) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik.
f) Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

4. Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang bersifat angin biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Mempunyai sifat lemah lembut
b) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
c) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
d) Bijak mewujudkan suasana selesa.
e) Hati yang cepat berubah ubah.

..:: Menanam Pokok Kangkung :..

Berkorban untuk arnab, x salah rasanya.... tp menyeronokkan... sekarang aku dah ada 5 ekor arnab (3 anak & sepasang arnab besar) . Setiap 3 hari, aku akan membeli kangkung dalam RM2 (seikat) untuk arnab tersayang. Comel sungguh arnab aku, dah la jinak... Maklumla , aku akan bagi makanan palet sebelum pergi keje dan lepas balik kerja.

Aku tanam kangkung atas sabut, sebab tanah rumah aku berbatu dan x sesuai untuk semua jenis tanaman. Sekarang ni, semua tanaman buat atas sabut ajer... Sebab sabut ni jenis simpan air, kalo x ujan pun, pokok2 x mati... maklumla bz sangat sampai x der masa nak siram pokok....

Nanti la gambar dan kemudian upload .. sebab lupa nak amik gambar arnab & tanaman kangkung yg telah diusahakan.

..:: Migrate Sistem Dari Server Lama Kepada Server Baru ::..

Assalamualaikum...

Akhirnya, berjaya juga UPSI melangkah setapak ke hadapan dengan berjayanya meng'migrate' dari server lama kepada server yang baru pada 31/05/2010. Kejayaan ini  patut dikongsi bersama vendor yang telah berusaha untuk mencapai misi ini. Pada 29-30/05/2010, semua team yang terlibat telah bergabung tenaga sehingga ada yang tidur dan bermalam di UPSI. Tahniah diucapkan kepada Team ICT & enCorel yang telah banyak membantu.

Aku juga terlibat secara langsung dengan migration ni. Lepas ni, development kena buat dalam dua versi iaitu versi Oracle 9i (bagi server development) dan versi Oracle 10g (bagi server life). Aku baru lepas install VMWARE bagi merealisasikan impian ini. fuh, lega akhirnya....

..:: Mee Suah Sup :..

Bahan2 :
1 bungkus mee suah
3 biji bawang putih (hiris halus / tumbuk)
3 sudu rempah sup (di bancuh dengan air)
10 ekor udang ( boleh digantikan dengan sotong / daging hancur)
2 biji kentang (potong dadu)
2 batang sayur sawi ( pilihan)
kiub ikan bilis (pilihan)
Sedikit minyak
Sedikit Garam

Cara2 :
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih
2.Masukkan rempah sup yang telah dibancuh, air serta garam (jika perlu)  dan kiub ikan bilis dan biarkan sehingga mendidih. Air suah perlu banyak kerana mee suah akan menyerap air/kuah apabila sejuk.

3.Masukkan udang, kentang dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit. Lepas itu, masukkan sayur sawi (jika ada)
4.Seterusnya, masukkan mee suah.
7.Akhir sekali taburkan bawang goreng dan lada merah hiris.

Saturday, May 29, 2010

..:: Rahsia Sejauh Mana Pasangan Mencintai ::..

Jika isteri @ pasangan menunjukkan sikap2 seperti di bawah, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:


1. Isteri yg mencintai suami dgn sesungguh hati & sebaliknya, biasanya perasaannya tetap & stabil terhadap suami. Perasaan isteri tidak berubah2. Umpamanya minggu ini dia kelihatan sangat mencintai, sedangkan pada masa yg lain, sikapnya berubah. Pasangan juga tidak menuntut sesuatu daripada suami, sebaliknya menerima seadanya, sama seperti ketika baru berkahwin.

2. Pasangan yg bercinta iaitu suami & isteri saling memberi perhatian khusus sesama mereka. Mereka selalu berbincang, berhumor serta selalu membuat jenaka2 yg lucu. Mereka saling mendorong untuk menjaga badan & kesihatan.

3. Suami & isteri yg saling mencintai akan menunjukkan cinta dengan tingkah laku yg lemah lembut setiap hari. Ini termasuklah saling membantu menyiapkan tugasan peribadi & rumah tangga secara bersama.

4. Tidak selesa ketika berjauhan. Walaupun ketika berdua2an mungkin tidak ada apa2 yg ingin dibicarakan tetapi dgn adanya pasangan di sisi, sudah cukup untuk membuatkan hati tenang.

5. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta & kasih sayang selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, spt sayang @ I Love You @pun memanggil sesamanya nama kesayangan.

6. Jika seseorang isteri betul2 mencintai suaminya, dia tidak akan melukai @ menyakiti hati suaminya dan begitu juga sebaliknya. Dia juga tidak mengungkapkan kata2 yg menyinggung perasaan pasangan spt "Awak tidak pandai jaga badan" @ "Awak terlalu gemuk @ kurus" serta ungkapan2 lain yg boleh mendera perasaan.

7. Pasangan yg saling mencintai akan selalu memberikan pujian yg sesuai, sama ada dalam bentuk kata2 mahupun perbuatan.

8. Suami isteri akan berhubungan & berbicara dgn baik, dgn wajah berseri2 & sikap yg menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri ketika berjalan2 & pelukan itu disambut baik oleh isteri.

9. Setiap kejayaan yg dikecap pasangan, selalunya akan mereka rasakan & nikmati bersama. Hal itu misalnya diungkapkan dgn menepuk bahu isteri sambil memeluk & menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

10. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yg baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong kata2 pasangan. Dia hanya akan berbicara hanya apabila diminta untuk memberi pendapat.

11. Suami isteri sanggup menerima kekurangan2 antara mereka. Isteri yg sangat mencintai suami sanggup menerima hakikat keperibadian si suami serta cara percakapan suami. Dia bukan sekadar mencintai suami lantaran suami pandai mencari harta & wang.

12. Orang yang saling mencintai tidak akan berahsia sesama mereka. Sebaliknya, mereka selalu berkongsi suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

13. Pasangan yg bercinta sedar perkara2 yg dapat merosakkan perasaan pasangan. Mereka mengerti perasaan masing2. Misalnya, isteri sedar jika dia bercerita masalah rumah tangga ketika suami sedang letih, akan menimbulkan kemarahan suami.

14. Sentiasa dapat membaca isi hati pasangan melalui bahasa badan, pancaran mata & nada percakapan. Tanpa bertanya @ berterus terang pun, mereka sudah tahu rasa hati pasangan, sama ada mereka gembira @ sebaliknya.

..:: Maksiat Lemahkan Hati, Hilang Berkat ::..

DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.

Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:

1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.

2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." .

Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.

6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.

..:: Dendeng Daging ::..

Bahan2 untuk daging :
1/2 kg daging
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 camca ketumbar
1 camca jintan manis
garam

Bahan2 sambal:
10 biji cili besar (merah)
5 biji cili api
2 biji bawang merah
Garam
Minyak masak
Asam keping/ air perahan limau

Persediaan untuk daging :
Tumbuk bawang besar, bawang putih, ketumbar, garam & jintan manis. Kemudian rebuskan daging sehingga empuk

Potong daging nipis-nipis selebar 1 atau 2 inchi
Di tumbuk sedikit nipis (supaya tidak liat)
Gorengkan sehingga sedikit garing.Ketepikan

Persediaan sambal :

Tumbuk bahan2 sambal sehingga lumat
Goreng bahan2 yang telah ditumbuk dengan api yang kecil
Masukkan asam keping/ air perahan limau
Setelah masak, masukkan daging yang telah digoreng td.

Monday, May 24, 2010

..:: Fadhilat Surah Al-Kautsar ::..

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

..:: Petua Rangupkan Cucur ::..

Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang, tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng.

..:: JACOB'S Walk Of Life ::..

Sesapa yang berminat untuk menyertainya, sila layari http://www.jacobs.com.my/. Cepat sebelum terlambat.

..:: Teka-teki Petang ::..

Ali ni seorang anak mak..penganggur….
Ali tringin nak beli 1 kasut jenama Adidas..
harga kasut tu RM 97
tp Ali x dak duit…
so dipendekkan cerita,Ali ni pinjam la kat mak dia RM 50,pas tu pinjam kat kakak dia RM 50…
jdi dlm tangan Ali ada RM 100….
maka dibelinya kasut RM 97 tersebut…
baki duit yg Ali ada RM 3…
Ali bg balik mak dia RM 1 dan kakak dia RM 1…
jdi ada lg RM 1 ja kat Ali
jdi dia hutang dgn mak dan kakak dia tinggal RM 49…
tp Ali ni heran…
RM 49 + RM 49 = RM 98…
RM 98 + RM 1 = RM 99
knapa x cukup RM 100???
mana hilang lg RM 1….

..:: Begedil Daging ::..

Bahan2 :
2 bj kentang
segenggam daging cincang
daun ketumbar (dicincang halus)
5 sudu besar bawang goreng
bawang putih (dikisar)
bawang besar (dikisar)
sedikit serbuk ketumbar
1 cawan air
1 biji telur (di pukul)

Cara2:
1. Masakkan minyak dan tumiskan bawang putih & bawang besar yang telah dikisar sehingga naik bau
2. Masukkan daging, air & garam . Masakkan daging tadi sehingga empuk, lembut dan air kering
3. Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
4. Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur
5. Kemudian ambil daging (yang telah dimasak td) dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
6. Setelah itu masukkan daun ketumbar, bawang goreng, serbuk ketumbar & sedikit garam.
7. Gaul hingga semua bahan sebati. Kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6. Akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Wednesday, May 19, 2010

..:: Lawatan Ke Penempatan Orang Asli Pos Bersih, Ulu Slim, Perak ::..

Pos Bersih adalah penempatan orang asli yang terletak di Ulu Slim, Perak. Semasa kedatangan saya ke sana, pelajar2 kolej MSU tengah beramah mesra dengan kanak2 di sana. Pos Bersih mempunyai 3 fasa penempatan mereka. Mereka telah disediakan rumah yang cantik termasuk bekalan elektrik. Tetapi mereka masih membasuh pakaian mereka menggunakan cara traditional iaitu membawa pakaian mereka ke sungai.

Ini adalah pemandangan sungai yang di ambil sebelum sampai ke penempatan mereka. Sungai ini mengalir dari belakang SK Pos Bersih. Semasa ketibaan kami di sana adalah dalam pukul 12.45 tengah hari, tetapi udara di sana sejuk & nyaman disebabkan kawasan sekitar yang hijau.

..:: Jem Roselle ::..

Kali ini cara2 nak buat jem roselle

Bahan2 :
Kelopak roselle
Air
Gula
Pektin
Asit Sitrik

Cara2:
Semua bahan2 tersebut dimasak menggunakan api yang perlahan, sehingga air tersebut kering.


Pada awalnya, aku saja ajer menanam pokok ini, ada dalam 16 pokok. lepas tu, bila kawan2 datang umah dan memberitahu bahawa kelopak roselle ini sedap dimakan begitu saja, aku pun mencubanya. Memg sedap selain membuat jem & jus.

Monday, May 17, 2010

..:: Khasiat Ayam Emas ::..

Ayam emas jarang atau x pernah di dengar sebelum ini. Aku terbeli ayam emas ni semasa dalam perjalanan ke Cameron Highland. Ayam emas bukan asing kepada kaum asli di sana. Bagi mereka, ayam emas ni mampu merawat penyakit kulit seperti kayap, panau, kurap, & luka2(parut) kulit. Ayam emas adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang berakar dan hidup dan mampu bertahan selama 2 tahun jika tidak ditanam. Pokok ini mempunya bulu ( seperti bulu monyet) jika memegangnya. Pokok ini mengandungi getah yang cepat kering. Cara mendapatkan getah tersebut amat mudah dengan memotong mana2 bahagian pokok ini.

..:: Bercuti-cuti Ke Cameron Highland ::..

Dah lama rasanya tidak pergi bercuti selepas tragedi itu. Pada 15/5/2010, aku pergi bercuti ke CAmeron Highland. Rasa2nya itu kali ke 3 aku menjejakkan kaki ke sana.. Kebetulan cuaca masa itu mendung, lagi la rasa kedinginan udara di sana. Nasib baik la x hujan, kalau hujan, rasanya penumpang dlm kereta tu beku la termasuk aku. Lupa nak bawa baju sejuk sekali. Aku x plan pun nak g sana, sebenarnya aku pergi kenduri ke IPOH (member kawin, g la tengok ) , masa nak balik tu, pemandu yang buat cadangan nak singgah Cameron Highland ikut Simpang Pulai...

Aku sampai sana pun dah petang, kedai2 kat sana tutup kul 7.00 malam. Masa kami sampai tu, kedai dah banyak yg tutup, ada kedai tu jual lelongan bunga jambak kat aku dlm RM10. Apa lagi, aku gembira menyambut offer tu,, peniaga kedai tu kata, bunga2 ni boleh tahan 2 tahun, aku x pasti la plak samada kata2 peniaga tu betul atau x.. Peniaga tu kata lagi, sebab bunga2 ni telah di beri hormon supaya dapat bertahan selama 2 tahun.


Aku sempat juga ke Bee Farm di mana terdapat pelbagai jenis lebah bagi menghasilkan produk madu. Risau juga kena sengat, yela nak kacau sarang lemah. Selain itu, aku sempat pergi ke pasar Tanah rata, ramai betul peniaga yang berniaga di sana. barang2 di pasar tersebut lebih murah daripada gerai2 yang ada di sekitar Cameron ni, & kena melalui jalan yang jem untuk ke sana. kebanyakan jalan2 di Cameron ni sehala, dan sukar untuk memotong kenderaan yang bergerak seperti kura2. kesimpulannya kena banyak sabar kalau memandu di Cameron ni la...

Ni adalah buah jambu Epal, sedap rasanya.. campuran buah epal & jambu. Sebungkus ada 2 biji (RM8.00) , cuba rasa,, lagipun buahnya segar (terus dari ladang).

Ini adalah pelbagai jenis pokok kektus yang dijual di pasar malam Tanah Rata. 7 pokok dijual dengan harga RM10. ada juga pokok kektus yang berbunga & jarang kita jumpa.



Di pasar malam juga ada dijual strawberi coklat, secucuk ada 3 biji bauh strawberi yang dicucuk pada lidi satay. 3 cucuk RM5.00 ... rasanya mula2 rasa manis coklat lepas tu rasa masam buah strawberi.

Macam2 lagi yang aku tengok, rasa2nya lebih baik pergi sendiri menikmati keindahan Cameron Highland.
Pemandangan Cameron Highland di waktu malam amat menarik di samping cuaca yang dingin di sana. Memg menarik Malaysia sebenarnya. Selain itu, aku sempat merasa masakan Tom Yam Sayur, & Sayur Campur. Tak pernah rasakan masakan sedap ini kerana sayuran yang segar dari ladang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...