Followers

Monday, November 29, 2010

~ Koleksi Arnab yang Paling Comel ~

Ini antara koleksi arnab yang paling comel buat masa ini.





~ Baju Maxi - Hasil Jahitan Sendiri ~

Dekat sini, saya ingin tunjukkan hasil jahitan saya iaitu Maxi Dress. Saya berjaya menyiapkan baju ini selama dua (2) hari bermula dengan membuat pola baju, memotong kain sekaligus menyiapkan baju maxi saya ni. kali ini, saya buat baju ini berlengan pendek... Tetapi, akan datang saya akan buat baju maxi yang berlengan panjang.






Akan datang, saya akan uploadkan baju Mini Kurung pula... Tunggu yer.....

Friday, November 26, 2010

Thursday, November 25, 2010

~ Kumpulan Dongeng Indah Nusantara - Sepasang Pendekar Betawi ~

Saya akan membuat kesimpulan daripada salah satu citer yang ada dalam buku ini. Ni pun atas permintaan.... tetapi saya buat alihan bahasa yer.. Buku ini ditulis dalam Bahasa Indonesia.

Kononnya di sebuah kampung Marunda, tinggal seorang pendekar wanita yang jelita yang diberi nama Intan. Ramai pemuda yang ingin memperisterikan Intan ni tetapi gagal. Intan ingin mencari calon suami yang kebih hebat daripada dirinya. 


Ada seorang penjahat yang bernama Hasan (Si Benggol) ingin mecuba nasib untuk memperisterikan Intan, tetapi gagal. Lalu Si Benggol ini bertekad untuk kembali bertarung dengan Intan ni pada suatu hari kelak. 


Beberapa hari kemudian, datang la seorang pendekar muda yang hebat dari Kemayoran, Indonesia. Husin ini adalah seorang gagah, kacak yang ingin mencuba nasib untuk memperisterikan Intan. Pertarungan antara Intan & Husin ini berjalan berjam-jam lamanya sehingga Intan mengaku kalah. Kerana kekalahan ini, Intan pun berkahwin dengan Husin. Berita perkahwinan ini telah tersebar luas sehingga sampai ke pengetahuan Si Benggol. Si Benggol berniat jahat untuk membunuh kedua-dua pengantin tersebut.


Semasa Si Benggol ingin membunuh mereka, mereka dengan cepat dapat mengelak dan berlawan dengan Si Benggol itu. Semasa Husin sudah tertikam pedang ke perut Si Benggol,  Si Benggol tidak berusaha untuk mencabut pedang tersebut tetapi menggapai-gapai ingin memeluk Husin. Rupa-rupanya Husin adalah adik kandung kepada Si Benggol yang telah terpisah dari mereka kecil lagi. Akhirnya Si Benggol mati dalam dakapan adiknya, Husin.

Wednesday, November 24, 2010

~ Bacaan Terindah - Kumpulan Dongeng Indah Nusantara ~

Baru-baru ni, saya ada membaca buku berjudul " Buaya Putih". Buku ini ditulis oleh Singgih Wibisono dan diterbitkan oleh Pustaka Bahasa. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Indonesia. Buku ini mengandungi kumpulan dongeng ddari Indonesia. Bahasa yang digunakan sangat indah dan mudah difahami oleh rakyat Malaysia. Sebenarnya buku ini dipinjam di Perpustakaan Tunku Bainun UPSI.

Antara cerita yang ada adalah :
Buaya Putih
Topeng Malang
Bulan Bersinar di Pejeng

dan sebagainya....


~ Kerongsang ~

Saya just nak tunjukkan kerongsang yang saya baru beli baru2 ni... untuk berkongsi dengan kawan2 blogger yang lain.





~ Baju Kurung - Hasil Jahitan Sendiri ~

Selama ni, saya hanya membantu mak menjahit leher baju kurung samada jahit tulang belut, atau karipap atau mata lalat.. Tapi kali ni, saya berjaya menyiapkan sepasang baju kurung hasil usaha saya selama ini. Tapi kelainan saya telah lakukan iaitu jahit leher dengan menggunakan jahitan tali belati.

Tali belati ni lain sikit daripada tulang belut ni. Jahitan nya lebih kemas dan nampak lagi cantik. Saya suka tali belati ni sebab jahitannya seakan-akan tulang belut.

Ni lah jahitan tali belati





Nanti saya akan uploadkan baju kedua dan seterusnya. Baju kedua akan diubah kepada baju kurung moden.

Tuesday, November 23, 2010

Monday, November 22, 2010

..:: Aloe Vera Kampung & Aloe Vera Lanscape ::..

Aloe vera sesuai digunakan di dalam bidang perubatan , contohnya di letakkan pada luka/parut kesan excident atau digunakan untuk penyakit kulit.

Saya ni, pergi la ronda kampung dan pekan untuk mencari pokok aloe vera ni. Cari punya cari, jumpa la satu pokok aloe vear kampung... Tp x cukup untuk di buat ubat.. Lepas itu, ekspedisi disambung semula. Akhirnya saya singgah la ke kedai Nursery ROZAI ( Behrang). Jumpalah aloe vera lanscape.. Kakak itu cakap, pokok ni besar, dan aloe vera nyer pun byk..

Kali kedua saya pergi ke nursery kakak itu, aloe vera tu dah x der stok yang besar. Just ada anak pokok ajer.. Nak di besarkan makan masa juga.



Kegunaan :

1. Penyakit batu karang, kencing manis, darah tinggi - sebagai makanan sampingan
2. Melecur, luka, ulser - isi daun dilumur / disapu pada tempat yang sakit
(Petikan diambil daripada buku Tumbuhan Ubatan Traditional Malaysia Institut Biosains UPM)

..:: Dah Genap Setahun Kejadian Itu ::..

Dah genap setahun kejadian itu. Selama itulah, kami sekeluarga menanggung keperitan itu.

Fauzan : Dah mula gembira dengan kehidupan ini. Dia rajin mengaji & melawat kubur arwah ayahnya..

Mama Fauzan : Dah mula menerima kenyataan kehilangan arwah suami tersayang. Sabtu (ambil OT) & ahad bawa anak g bagi ikan, burung & kura2 makan (dekat taman tasik shah alam)

Atok Fauzan : hanya sihat selama 6 bulan ajer.. skrg sakit semula kesan daripada kemalangan tersebut

Nenek Fauzan : mcm tu la.. menjaga atok yang sedang sakit

Auntie & Uncle Fauzan : Masih belum mengandung. Dengar cerita, auntie nak pindah keje ke LUMUT... adush, sedihnya....

Mami Fauzan :  keadaan dia seperti biasa la.. tiada apa yang ,menarik.. Masih lagi trauma dengan kejadian itu....



Ni bergambar pada tanduk rusa (pekan Grik)


Friday, November 19, 2010

..:: Polar Bear ::..

Polar bear yang tidak boleh duduk diatas kerusi kerana saiz nyer yang terlalu besar.

..:: Simpan Emas Untuk Anak-anak ::..

Salam Aidil Adha...

Kekangan masa menyebabkan saya sudah lama saya tidak mencoret.. yela, terlalu sibuk dengan urusan kerja, urusan persekolahan dan urusan peribadi.

Kali ini, saya ingin membicarakan tentang simpanan anak anda dimasa depan..

Katakan umur anak sekarang 3 tahun dan dalam masa 15 tahun usia anak anda adalah 18 tahun ( usia untuk memasuki pusat pengajian tinggi ).

Katakan sekarang anda mempunyai emas 50 gram dengan nilai RM6,657.00.  Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah (+-) 27% . So dalam masa 15 tahun emas yang anda miliki tersebut bernilai RM126,815.85.

Katakan sekarang anda mempunyai duit fiat / duit kertas berjumlah RM6,657.00.  Persoalan saya, bolehkah nilai RM6,657.00 bertukar menjadi RM126,815.85 kalau disimpan begitu sahaja ? dan satu lagi kelemahan duit fiat / duit kertas adalah dimakan oleh anai-anai inflasi.

Tuesday, November 2, 2010

..:: Cekodok Udang Geragau ::..

Kalau aku g melaka, aku selalu membeli udang geragau... udang geragau ni sedap kalo dimasak dengan cekodok... ala, cekodok bawang tu aku gantikan dengan geragau... pernah sekali , aku baca novel yang menceritakan bahawa mak dia pandai masak cekodok udang geragau.

Cekodok udang geragau amat terkenal di Melaka... maklum ajerlah, melaka yang ada udang... hehehe....nanti kalo sempat tangkap gambar, aku upload kan la...

..:: Mama Arnab Mati ::..

kali ni aku nak citer plak kisah mama arnab mati.. aku sendiri x tau napa mama arnab tu mati... padahal masa sebelah pagi kejadian, mama arnab tu diam ajer... tapi kan, beberapa hari sebelum mama arnab tu mati, arnab tu dah diam, x nak makan... sedih betul masa mama arnab tu mati.... uhuk.... aku dah tanam mama arnab tu x jauh dari rumah nya...








ni la gambar mama arnab yang mati tu... siannya....

ni antara kenangan mama arnab bersama papa arnab




..:: Cuti-cuti "Melaka Maju 2010" ::..

Pada 29/10/2010, adik aku ada konvo di MITC (Melaka International Trade Center). Dapat la aku g jalan2 ke Melaka Maju 2010. Memang dah berubah la Melaka ni.... Aku sempat g lawatan ke MITC ( masa tu ada expo belilah barangan  buatan Malaysia). Di samping tu, aku ronda2 area MITC,,,

Ni gambar aku & adik aku di depan Grand Ballroom MITC.. Pemandangan nyer memg cantik betul....


Ni adalah Mama & Fauzan di depan Expo Belilah Barangan Buatan Malaysia... Rugi aku, x sempat nak bergambar

Ni Mama , Fauzan & aku tgh makan dekat medan selera Masjid MITC... makan ABC tu,,, kalo time panas makan ABC, memang menyelerakan...

Selain daripada MITC, kami sempat pergi ke Tg Bidara ... Kampung nelayan kat situ memang seronok. Malamnya aku g ronda pantai.. ada nelayan jual udang geragau... apa lagi aku beli la udang tu dlm 2kg tuk buat "cekodok geragau".. yam yam yam....

ni kononnya aku & fauzan nak jadi nelayan... sblm ni, aku bantu nelayan tolak bot masuk laut. masa aku tangkap gambar ni dalm pukul 7.15 pagi

byk lagi tempat yg aku x sempat nak lawat... maklumlah kekangan masa,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...