Followers

Thursday, September 24, 2009

..:: PanTuN RaYa NeGeRi ::..

Setakat nak kongsi pantun raya dengan kawan2 yang lain. seronok juga baca pantun2 ni... tu lah malaysia, pelbagai loghat bahasa...
kalau malaysia kaya dengan loghat, malaysia akan kaya dengan pelbagai budaya la....

..:: SamBuTan HaRi RaYa 2009 ::..

Ini adalah gambar kenangan raya 2009. yang sedihnya, dalam semua gambar ni, kakak aku yg sulong ajer yg x der, tp anak2 mereka ada.. sebelah kanan ni adalah gambar adik2 lelaki aku yang tersayang.. gembiranya raya tahun ni.. anak2 buah pun dah semakin membesar. tahun ni juga, aku paling gembira kerana membuat kuih raya untuk keluarga aku & kakak2 aku... akhirnya dapat juga aku menunjukkan skill aku yg pandai buat kuih raya... tp biasalah, buku resepi sentiasa ada di sisi. kuih raya yang aku buat tahun ini adalah kuih makmur, tart nenas, arab, almond london, gunting, bunga ros & rempeyek. Sapa2 nak rasa lontong special aku, rajin2 datang rumah... maklumlah skrg aku tgh rajin nak memasak... lagipun adik2 aku gemar betul menyuruh aku memasak.

..:: KonVoKesyen UTHM Sidang Ke 12::..


Bergaya sungguh adik aku berbaju melayu, smart la katakan.. aku ni, hanya bertindak belakang tabir ajer.. aku yang memandu dari KL ke Batu Pahat semata2 utk melihat adik aku mendapat segulung diploma di UTHM. Sekarang adik aku ni tengah sambung Ijazah Sarjana Muda Mekanikal di UTHM juga. Bertuah aku dapat adik pandai mcm dia, x la macam aku ni... ni adik lelaki sulung dalam keluarga aku la....yg aku plak, bertambah lama, bertambah ceria dengan kehidupan aku.

..:: DoDoL ::..


Ini adalah aktiviti keluarga aku setiap tahun iaitu memasak dodol. tahun ini adalah tahun paling banyak aku memasak dodol iaitu 3kg, selalunya hanya 1.5kg ajer.. maklumla tahun ni ada tempahan daripada kawan aku & jiran yg sangat berminat dengan dodol aku. ni gambar adik2 aku tengah kacau dodol yang hampir masak. penatnya hanya tuhan ajer yang tau. kami start memasak dodol pada pukul 6.30 pagi dan habis dalam kul 11.00 pagi. lepas masak dodol, kami adik beradik berjemaah tidur dalam kepenatan. kami jual dodol ni dengan harga rm14 setiap 1kg.. tahun ni juga, ramai yang datang rumah aku makan dodol ni... pujian rasanya berbakul.. lepas ni, sesapa yang berminat nak rasa dodol ni, jemput2lah datang ke rumah.. rasa2nya, lepas ni akan ada sambutan membuat dodol di depan rumah mak aku... apa taknya, yang bungkus dodol bawa balik pun ramai.

Monday, September 14, 2009

..:: WaLK iN PayUnG - SunWaY PiRaMiD ::..

Seronok berjalan dengan menggunakan payung yang telah diadakan di Sunway Piramid. Comel juga.. Dah la berjalan kaki ni waktu pagi, nampak janggal juga.. aku berjalan kaki sejauh 2km dengan aksi ni... tp sepanjang perjalanan, aku asyik ber posing dengan kawan aku ni, shida. makwe ni lagi kaki bergambar

..:: SuDoKu GaMeS ::..

Tahun 2008, pernah diadakan pertandingan sudoku yang telah diadakan di TESCO Mutiara Damansara. Semua perserta yang hadir amat2 berbakat. aku pun, x melepaskan peluang untuk menyertainya. tetapi kalah semasa peringkat kedua..

..:: Nota KeCiL ::..

Dulu , aku pernah menyewa rumah dengan sorg kakitangan tempat aku bekerja. satu hari, aku mengambil keputusan tuk pindah. Lepas aku inform yg aku nak pindah, kakak tu jadikan aku mcm musuh dia.. dah la bercakap dengan aku x nak, & semua barang milik dia dibawa masuk kedalam bilik dia,, buat aku geli hati ajer. & paling aku x sangka dengan perangai dia, dia boleh tampal nota tersebut kat pintu bilik aku. kalo sekali pandang, kakak ni seorang yg nampak baik, pendiam & pemalu. tp pada hakikatnya kakak ini adalah seorang yang berhati busuk & suka memfitnah orang lain. bahaya tu, perjalanan ke neraka...

..:: MuMMy Yang PenyaYang ::..

Aku mendapat gelaran "Mummy" pada kesemua anak buah aku (4 orang semuanya). Sebagai mummy yang penyayang, aku boleh membawa mereka berjalan2 tanpa kehadiran ibu bapa mereka sendiri, tidak mustahillah aku pernah mengasuh mereka di taman putrajaya. keletihan menjaga keletah mereka benar2 membuat aku terhibur. aku selalu merasuah mereka minum dikedai2 makan jika aku membawa mereka keluar agar mereka tidak lasak & mudah dikawal. Kiranya saham aku selalu ajer turun jika aku membawa mereka bersiar2. selalunya kalo pergi majlis persandingan, akulah orang yang kena jaga mereka, ini kerana mereka x nak makan bersama ibu bapa mereka sendiri. kakak2 aku lagi suka jika aku yang menjadi baby sitter anak2 mereka. lagipun aku seorang mummy yang tidak garang & mudah ketawa.  sehingga kini, aku sentiasa disayangi oleh mereka & jika seminggu mereka x berjumpa dengan aku, pasti mereka akan sering bertanya ibu bapa mereka kenapa aku x pulang ke rumah, maklumlah aku balik kampung hanya hujung minggu sahaja

..:: PaLLet (MakaNan IkaN) ::..

Adik bongsu aku (ayid) baru lepas SPM tetapi x dapat sambung belajar dimana2. aku selalu pikir, apa yang sesuai tuk dia. akhirnya aku galakkan dia bergiat dalam bidang perikanan dengan ternakan ikan. mula2 , aku membeli benih 1000 ekor keli & 1000 ekor puyu tetapi kesemua benih ikan mati kurang daripada 1 minggu. aku menasihatkan adik aku supaya jangan cepat putus asa & cuba berdikari semula. sekarang adik aku membela ikan talapia merah, patin & juga puyu. bagus la adik aku, x cepat mudah putus asa seperti kakak dia ..hahahaha

disebabkan itu, aku mengeluarkan modal untuk membeli mesin palet (seperti gambar ini). sekarang adik aku membuat palet ikan sendiri untuk ternakan dia. rajin betul la adik aku ni...

..:: JuS JaMBu ::..

Mula2 aku membeli jus jambu adalah didepan SK Rahman Putra, Sg Buloh yang dikenali sebagai JAMBU88. bermula dari saat tersebut, aku amat menggemari jus jambu88 dan pelbagi jenis lain aku pernah cuba termasuk pak cu 916, jus jambu muar, jambu 88, jus jambu 69 dan jus jambu perak.

Lepas tu, aku cuba belajar buat jus jambu sendiri & aku modified jus jambu yg ada di dalam internet supaya rasanya lebih kow.... pada hari puasa yang 1, aku telah buat jus jambu ni khas tuk family aku,,, siap ada pujian jus jambu aku yang paling sedap... wah!!! seronoknya. kalo ada yang berminat, hubungi la aku,,, aku pasti akan membantu

..:: MenaNam TanaMan Cili ::..

Hobi bercucuk tanam wujud setelah menyewa rumah secara perseorangan. berbekalkan semangat  ilmu yang cetek, mulalah aku melakukan aktiviti di petang hari selepas pulang dari keje. Pokok yang ku tanam bertambah membesar dan mengeluarkan hasil yang banyak. walaupun kekangan masa selalu melanda, aku tetap dengan hobi ini. kadang2 leka melihat hasil tanaman, sampai maghrib aku dok membelai pokok tanaman aku. selain pokok cili merah, cili padi, pokok bonzai, pokok bunga kertas, pokok kaktus & juga pokok orkid di bawah jagaan aku... wah ,,,seronoknya.

Wednesday, September 9, 2009

..:: KeLaHiRan - ADi PuTRa ::..


Angin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

..:: GuNunG KeRiAnG (CrystaL HiLL ) ::..



Gunung Keriang juga dikenali sebagai "Crystal Hill" yang mengandungi pelbagai jenis kristal. Semua harga kristal yang ditawarkan murah & berpatutan. Gunung ini berhampiran dengan 'Muzium Padi" & mengambil masa 15 minit dari Bandar Alor Setar.

..:: MasJiD Al- BuKhaRy ::..


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah antara manusia terkaya di Malaysia. Beliau mempunyai masjid, pusat perubatan & klinik kesihatan yang cantik. Rekabentuk masjid yang sama disetiap negeri. Masjid Albukhary ni terletak di Bandar Alor Setar, kawasan nya terlalu luas dengan pemandangan yang cantik dan menarik. Kalau singgah di Alor Setar, kunjungilah Masjid Albukhary , kagum dengan keunikan & seni ukirnya

..:: BuKiT MeRaH LakeTown Resort ::..


Bercuti di Bukit Merah LakeTown Resort amat menyeronokkan. Disana ada kolam air panas & kolam air sejuk. pelbagai permainan yang ditawarkan sama seperti iklan yang kita dengar kat media.. Masa aku g sana tu, musim cuti sekolah, dan penuh dengan keluarga yang datang. permainan yang paling seronok adalah belon angin yang pasti mengkagumkan. selain itu ada Chairlift ride yang akan lalu diatas themepark sekaligus dapat melihat pemandangan themepark daripada atas.

..:: LaWaTan Ke PenJaRa PoKok Sena ::..


Ini adalah lawatan ke penjara pokok sena. Sebenarnya ada pelbagai perkhidmatan yang pihak penjara sediakan seperti dobi, mengukir kraftangan dan penyediaan makanan. yang paling seronoknya, semua kraftangan yang dijual amat cantik dan harganya yang berpatutan. Lain kali, kalau ada masa lapang, singgahla dimana2 jabatan penjara untuk membeli hasil kerja mereka

..:: PerTanDinGan BadmiNTon ::..


Ini adalah pertandingan Badminton antara Jabatan UPSI. Saya menang tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut. sekali sekala aktiviti riadah mcm ni, bagus juga untuk menunjukkan bakat terpendam.

Tuesday, September 8, 2009

..:: TeMPaHan TuLanG BeluT & MaTa LaLaT ::..


Dekat Pekan Tg Malim, ada sebuah kedai jahit iaitu "Susan taylor". aku mengambil tempahan jahitan tulang belut & mata lalat, upahan nya adalah biasa ajer. Boleh la , setakat mengisi masa lapang. sepasang baju tulang belut mengambil masa 2 1/2 jam untuk menyiapkannya dan 2 jam bagi tempahan mata lalat. aku mengambil upah pada setiap malam bagi menyiapkan tempahan. seronok juga apabila dapat menyiapkan tugasan jahitan yang dapat. bulan2 posa, byk juga tempahan yang dapat malah kadang2 dalam masa seminggu dapat menyiapkan 7 pasang baju.

..:: Sukan Kayak ::..


Aku sudah pernah menyertai kayak laut, kayak sungai & kayak tasik, semuanya menyeronokkan dan pengalaman yang berbeza.
Kayak laut kena cekal & tabah, kerana akan mudah dibawa ombak ke tengah lautan. Kayak sungai plak, kena berani kerana akan mudah tenggelam kalo x pandai mengimbangkan diri dan mudah tenggelam dek arus yang deras. Kayak kolam senang sikit sebab air yang tenang & aman.
Kalo berjaya masa pertandingan kayak tu, merasa juga bertanding kayak di Sungai Sarawak...

..:: KeleBiHan FaceBooK ::..


Aku ni paling malas kalo nak update friendster ke, facebook ke,,,
tp baru2 ni aku dapat semangat baru tuk update facebook. pengalaman paling seronok, aku dapat jumpa kawan2 dari SK Kuang,, kawan yg paling lama aku x jumpa, hilang semasa kami semua melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah..
tp aku still berhati2 masa nak accept kengkawan, maklumla takut kantoi...
pertemuan demi pertemuan berlangsung, bersama teman2 lama. bertambah la cerita dan umpatan pada kawan2 lain.
Kalo nak tgk sedikit perkembangan aku, g la search aku kat facebook..

..:: SeLamaT Datang ..::


Salam 1Malaysia
Baru nak belajar buat blog , maklumla selama ni aku x pandai nak buat blog, x kreatif la katakan...
ini kiranya akan menggantikan diari aku la.. tuk paparan kawan2 yang dah lama x jumpa..
especially kawan2 sekolah kebangsaan kuang, sekolah menengah bukit gading, akademi infotech mara Kuala lumpur, SPACE UTMKL dan juga CASE UTMKL..
Lepas ni, kawan2 boleh la mengikuti perkembangan diri aku ni dari blog ni ajer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...