Followers

Saturday, April 30, 2011

Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum,

Pada 29/4/2011 (Jumaat), elza amik EL.. elza cakap dekat bos yang elza nak g IPOH. Kalo x der urusan penting, xkannya elza amik EL... Balik dari IPOH tu, elza tgk jam yang menunjukkan masih awal, kalo nak balik umah pun, xtau nak buat apa... apa lagi, elza tgk2 signboard kot2 la terpikir tempat menarik nak g. Akhirnya elza decide la nak singgah BATU GAJAH, PERAK.


Jam yang gah berdiri di pekan Batu Gajah ni... abg2 pemandu lori, cuba2 la langsar jam ni.. nak test kuat ke x jam ni.. Kebetulan ada abg polis plak berdiri kat situ

Rumah lama yang masih kekal di Batu Gajah ni... tuan umah, elza promote umah yer.... bila la umha ini sudah di bina yer??tekaan elza dalam tahun 1920an la

Pokok yang tertua yang ada di pekan Batu Gajah ni...

Ni nombor flat favourite elza, jgn jeles tau... tumpang gambar ye tuan kereta

Ni lah kedai yang menyediakan masakan mee rebus yang sedap tu.... cuba sekali, pasti nak lagi...


Dekat pekan Batu Gajah ni, ada kedai makan yang menyediakan mee rebus & mee goreng yang paling sedap pernah elza makan... wah, nikmatnya....

Stesen keretapi Batu Gajah yang lama.. Stesen keretapi yang baru telah dipindahkan ke tempat lain.


Pemandangan pekan.. Bersih juga pekan Batu Gajah ni.


Rekreasi Sg Inki, Kalumpang

Assalamualaikum....

Arini elza nak citer tempat peranginan yang ada di Kalumpang iaitu Rrekreasi Sg Inki. Sg Inki ni terletak di Kalumpang, Selangor. Tempat rekreasi ni berdekatan dengan Kalumpang Resort & Training Center. Kiranya, jalan nak menuju ke tempat ni memg mencabar sikit la... Kalau ikut keseronokan, memang seronok. Dulu, elza rajin juga g mandi manda dekat sana & sekaligus mencuci kereta elza yang berdebu tu la.... Tp skrg, semenjak elza pindah ke Kalumpang (rumah elza dengan tempat ini terlalu dekat, menyebabkan elza dah mula malas nak mandi manda)... ada la beberapa keping gambar yang sempat elza rakam buat pembaca blog elza...


ni pintu gerbang Rekreasi Sg Inki

Ada titi gantung yang disediakan untuk pengunjung yang ingin melawat ke peranginan sebelah.


Boleh masak2 kat sini. Bakar ikan pun boleh... kat sini, ikan sungai pun banyak.. ramai juga org yang datang memancing kat sini

Ni tempat yang sesuai untuk golongan dewasa. Kat sini memg banyak batu besar2, lawa juga kalo tangkap gambar atas batu...


Banyak kawasan yang boleh didirikan khemah.. ni ada khemah yang bagi pengunjung yang tiba


Dekat sungai pun byk batu, atas sungai pun byk batu....

Kalo takut mandi dalam sungai tu, ni ada anak air yang sesuai untuk anak2 kecil




tempat bakar2 ni, biasanya pengunjung yang buat....

Perumpamaan

Hubungan antara manusia & buah-buahan


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya
lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di
dalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi
umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang,
tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

asleenda 2nd Giveaway


tarikh tamat : 30 April 2011

tag kawan saya adalah : UMI

Thursday, April 28, 2011

Terjerat dengan Kata2 Manis...

Assalamualaikum...

Arini, rancangan TV3 999 memaparkan mengenai ramai yang tertipu dengan kenalan baru yang dikenali melalui internet. Biasanya mereka akan mencari mangsa melalui FB, Live Health atau twitter. Modus operandi mereka yang sama iaitu memperdayakan wanita dengan kata2 manis, mudah jatuh cinta, kononnya menghantar barang2 beharga, then barang2 tersebut telah di tahan di pejabat kastam dan mangsa perlu membuat pembayaran kononnya untuk mendapatkan barang tersebut.

Secara jujurnya , saya juga pernah mengalami kejadian ini tetapi saya terselamat. Secara logiknya, penghantar yang perlu membayar semua cukai yang telah ditetapkan dan bukannya penerima yang perlu membayar nya. Dari pengalaman saya, mereka akan memaksa kita untuk membayar cukai tersebut dengan pelbagai ugutan dan menakutkan supaya kita akan membuat pembayaran. Yang peliknya, mereka akan memberikan akaun peribadi untuk kita memasukkan sejumlah wang yang dipinta. Selain itu, jika wang yang diminta tidak mampu dipenuhi, mereka membenarkan kita membayar dengan mengikut kemampuan yang kita ada, pelik bukan. Maaf la, saya ni kalau yang melibatkan duit dan wang, memang sukar tuk percaya. Kita ada akal supaya kita dapat berikir sebelum membuat tindakan.

Bagaimana dengan mereka yang mudah percaya dengan janji2 tersebut? Dari pengalaman saya sendiri, lecturer juga ada yang pernah tertipu dengan golongan ini. Bukan itu sahaja, lecturer tersebut telah membuat pinjaman peribadi di bank berdekatan semata2 untuk mengambil barang yang dihantar oleh golongan ini. Dimana, barang yang dihantar dalam kontenna dan barang tersebut telah di tahan oleh Kastam. Di dalam kontenna tersebut, mengandungi cincin tunang la, barang perabot rumah la.....Sian lecturer tu, hingga sekarang terpaksa menanggung hutang....

Mengatasi Sakit Kepala

Tentu ramai di antara kita yang mengidap sakit kepala yang dinamakan migrainni. Maklumlah, kita ini manusia, tak lari dari masalah. Kadang-kadang itu, kerja yang melambak-melambak di pejabat dan jugak di rumah pun boleh menyebabkan migrain ini melanda. Disini Ada berapa tips bagi mengatasi dan jugak mengurangkan sakit migrain ini.


Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap di alami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut diikuti dengan muntah dan pitam. Bagaimanapun migrain tidak didedahkan kepada maut. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :

* Ketegangan


Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


* Pengambilan Ubat-Ubatan


Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi bahan 'monosodium glumate atau MSG', kafein dan alkohol boleh juga menyebabkan sakit kepala.


* Penyakit Metabolik


Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati jugak boleh menyebabkan sakit kepala.


Untuk Meredakan Serangan, Cuba Ikuti Panduan Ini :-

- Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk, malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.


- Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.


- Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.


- Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dlm tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.


- Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.


- Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca dapada tekanan dan gangguan perasaan.

Tomato Sumber Anti Oksidant Yang Diperlukan

Assalamualaikum...


Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.


Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.


Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat. Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.


Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.


Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit otot dan pelbagai.


Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.


Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.


Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan
tomato sebahagian daripadanya.


Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk kesegaran fikiran.


Jalani pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya enam bulan sekali walaupun anda rasa sihat dan tidak sakit.


Derma darah untuk sumbangan dan bakti anda kepada masyarakat.



FastFood oh FastFood....

Assalamualaikum....

Macam dah jadi trend zaman sekarang, dapat gaji ajer terus makan kat fast food, x kisah la samada Mc Donalds ker? KFC ker? Pizza Hut Ker? atau Kenny Roggers ker???

elza pun mcm tu... baru gaji ajer, dah g makan Pizza Hut...

Dekat tg malim ni, hanya ada 2 jenis ajer kedai fastfood iaitu KFC & Pizza Hut.... Time mcm ni la, fastfood laku mcm goreng pisang panas...... elza tertanya2 juga, napa Mc Donalds xder dekat tg malim ni.. kiranya, fast food favourite elza ni adalah Mc Donalds la... 




Sunday, April 24, 2011

Sate Padang/Minang Di Restoran Rose, Kg Baru

Assalamualaikum....

Malam td aku g makan sate minang ni. yela, kiranya dah lama sangat tidak menikmati Sate Minang. Selalunya aku makan sate minang di Restoran Rose, Kg Baru.

Sate minang ni, ada 5 cucuk sate, nasi impit & kuah. Kuahnya yang pedas + dengan ramuan nya, memang menyelerakan. Sate minang ni adalah sate daging yang di salai...

Kalau adik ipar + adik aku ( Ad & Ayid), mereka bertiga boleh makan 12 pinggan (4 pinggan setiap sorg la) satay minang ni dalam 1 masa.... wah, dasyatnya perut mereka,,, besar sampai ada ruang tuk makan banyak2....

Kedai tu, berhampiran dengan Masjid Jamek Kg Baru, ala sebelah dengan bangunan Zikray.. Alamat kedai ni, disertakan sekali.. Restoran Rose, No. 49A Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50300. Kedai ni berhadapan dengan kedai Restoran Garuda.




Nanti minggu depan, aku nak try dekat Restoran Mawar la... ada orang cakap, kat kedai tu pun lagi sedap dari Restoran Rose ni... terliur aku dibuatnya.... :D

Saturday, April 23, 2011

Apa Agaknya Musim di Calirfonia ???

Assalamualaikum....

Hujung bulan 5/2011 nanti, aku join UTM,KL g Global Outreach ke Calirfonia, USA. Perasaan gembira tu, hanya Tuhan ajer yang tau... terlalu banyak persediaan yang belum aku buat, termasuk membuat visa ke US, kena practice cakap omputih, kena tahan sejuk, kena berani naik flight lama3.....

Aku x pasti, dengan keadaan aku skrg, nak minta cuti pun susah... lagipun, x der orang dalam syarikat aku keje yg pernah g OutReach ni, nanti mesti panjang berjelar2 aku kena soal siasat... Rasa macam tertuduh plak (majikan macam SPRM... hehehe)... kawan2 aku dah ramai yang tunggu interview kedutaan, aku ajer yang belum (mereka lagi excited dari aku nampaknya)... nasib baik la , outreach ni lepas aku abis exam (kalo x, mesti aku x dapat join)...



Nanti, kalo aku dah siap persediaan nanti, aku citer lagi... Skrg ni, hati ni berdebar2 ajer rasanya..... hati ni excited ajer nak pergi cepat2... Walaupun apapun, MALAYSIA tetap di HATI....

Ubat... Oh.... Ubat....

Assalamualaikum...

Baru beberapa ari ni, saya mengamalkan meminum air sarang burung... Kalo ubat, memg la x sedap... yang sedap adalah ais krim ker? coklat ker? atau minuman sejuk? nyum2 nyum....

Saja nak kongsi minuman air sarang burung. saya minum setiap pagi (sebelum g keje) dan malam (sebelum tidur). tp minuman rasa bali tawar (kiranya bali tanpa gula la...).. Lihatlah hasil nya kemudian hari...

Ada pelbagai jenis produk termasuk yang sudah berkahwin (perempuan yang dah kawin , lelaki yang dah kawin), untuk anak2 (yang bersekolah, terutama bagi kecerdasan otak & IQ), yang mengandungi collagen(cantik untuk kulit), dan yang segera (xperlu di bancuh2)...


Khasiatnya ::
1. untuk memperbaiki sistem buah pinggang
2. agen memperbaiki hepatatis B
3. batuk-batuk kronik
4. awek muda
5. tenaga batin
6. pengidap asma / lelah / mengurangkan kahak
7. wanita hamil kurangkan sakit pinggang
8. Kuatkan paru-paru bayi dalam kandungan
9. mempercepatkan penyembuhan selepas bersalin
10. Bagi orang tua - meningkatkan ketahan daya tubuh
11. Bagi perokok - mencegah serangan paru-paru.



Friday, April 22, 2011

JoM SeNYuM....


video
Lirik Lagu Senyum – Malique ft NajwaSenyum senyum senyum

Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Wednesday, April 20, 2011

Hepi tul Sekarang Ni...

Assalamualaikum....

Semenjak dah notis ni,,, ati ni rasa girang ajer... mcm bebanan dah terlepas... segala nya dah terungkai la.... gambar ini di ambil pada 20/4/2011...

muka ceria ajer kan..kan..kan..







nampak x muka ceria sekrg ni??? berseri2 kan???

Sunday, April 17, 2011

OBA ..oo.. OBA

Assalamualaikum....

Dah rasa biul dah nak nyiapkan projek OBA (on board automobile)  ni.. walaupun projek ni mengambil masa 3 1/2 bulan, tp seksa nye macam setahun.....

setiap minggu aku nyiapkan nya.... dah last2 ni hampir semua sangkut... masa buat awal2 dulu, kira byk yg success.. yela, makin lama makin susah la.... sampai sakit sengal satu badan aku di buatnya... nasib baik la siksa ni hingga ujung bulan 4 ajer (present projek ni pada 30/4),,, kalo lama la, aku rasa, lunyai badan aku ni....

kadang3aku dah mula rasa kegagalan otak dan minda berfungsi sejak kebelakangan ni... adakah petanda??????? tut,,,,,,,,  bila aku tanya senior2 pasal projek ni, ramai yang menggeleng kepala mengatakan projek ni bukan saja susah tp menyeksakan... alangkah gerunnya.....



Penah juga aku termimpikan sbb x siap lagi projek ni... seksa kan... bila muka kelat ajer, semua ingatkan aku penat... tp kalo dikira2, bukan badan ajer yang penat, otak juga penat, sendi penat, minda penat....
kadang2 masa tengah siapkan projek ni, bukan aku sorg ajer yg lentok kepla atas lantai, tp hampir semua ahli projek ni.... apa taknya, bila buat2 x jadi, mata pun mengantuk, nak amik mood kena tido dulu, minum2, g makan && mcam2 la.. (alasan ajer semua tu).  nasib baik la parent aku memahami masalah aku skrg ni (balik umah dah malam, jumpa parent kejap ajer)


Friday, April 15, 2011

Ilmu MS EXCEL

Assalamualaikum...

Baru2 ni, kawan saya yang kerja kat Kolej Utara bertanya dengan permasalahan dengan MS EXCEL... walaupun aku ni xder la expert sangat dlm ilmu EXCEL ni, demi kawan2 aku cuba juga membantu.. Masalah member aku ni adalah , dia ada data dalam 4000++ data, dia mahukan ada selang baris antara data tersebut. akhirnya aku jumpa juga penyelesaian masalah ni...

cara2nya adalah,,,,
-- paste kan coding kat bawah ni ke dalam macro MS EXCEL

Sub InsertRows()

Application.ScreenUpdating = False
Dim numRows As Integer
Dim r As Long
r = Cells(Rows.Count, "A").End(xlUp).Row
numRows = 1
For r = r To 1 Step -1
ActiveSheet.Rows(r + 1).Resize(numRows).Insert
Next r
Application.ScreenUpdating = True
End Sub

Dalam Diam Disayangi Rupanya...

Assalamualaikum....


BEtul juga kata pepatah, bila dah pergi baru rasa kehilangannya... begitu juga saya... bila semua orang tau yang saya akan meninggalkan UPSI, ramai yang melahirkan rasa sedih... terharunya... uh....


tapi bila dikenang2 semula, rasa lawak pun ada... yela, selama ni kerja berhempas pulas untuk Jabatan sendiri... skarang ni, semua mcm sedih... macamana la nak bertahan untuk 2 bulan lagi... yang melahirkan rasa sedih adalah pengarah, timbalan pengarah, pegawai, team leader development, dan ramai lagi.... ni masih ramai yang x tau lagi,,, kalo la semua org tau, x dapat nak bayangkan.... yela, sampai dapat pujian daripada Pusat ICT menatakan saya seorang yang cekal... Terima kasih ERMA kerana memuji saya. :D.




ee... xdapat nak bayangkan bila dah sampai masanya nanti....

Menang Pertandingan Shell ...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, tuah manusia x der sapa yang tau... Member saya menang pertandingan SHELL , hanya dengan isian RM30 keatas boleh menyertai pertandingan ini...



Beliau menerima surat penghargaan, cek dan juga key chain Ferrari... Wah, seronoknya.... sengih ajer...





Fillet - O - Fish McDonalds

Calling all Filet-O-Fish fans! Print or flash this coupon at any McDonald's restaurants on 15-24 April 2011 to enjoy the buy-one-get-one-free à la carte Filet-O-Fish offer! Valid for dine-in or takeaway only.  Limited to one redemption per customer.





"Adakah Aku Punca Masalah di Pejabat ?"

Assalamualaikum....


Pada 8/4/2011 (Jumaat), Dr Fadzilah Kamsah datang UPSI tuk bagi ceramah "Adakah Aku Punca Masalah di Pejaba?". Aku memg excited nak g dengar ceramah tersebut. Al maklumlah, ramai sangat punca nyer.....

Punca masalah adalah
1. Hati yang kotor / busuk hati
2. Berfikiran negatif
3. Amalan yang tidak betul / tetap

Ni adalah doa yang disertakan semasa sesi berkenaan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...