Followers

Monday, August 30, 2010

..:: ButterflyShop 1st Giveaway ::..




Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop!!!

..:: Megahasz Giveaway #3/2010 ::..


Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di kak Aishah Megahasz

..:: Cabutan bertuah untuk Aidilfitri ::..


Sop hadiahkan kepada yang bertuah .


Ikuti syarat-syarat berikut untuk menyertainya:

1.Terbuka kepada semua bloggers (lelaki atau perempuan)
2.Perlu membuat 1 (satu) entry mengenai cabutan bertuah ini di blog anda
3.Hantar URL entry anda di ruangan komen entry ini
4.Masukkan banner peraduan beserta link ke entry ini
5.Hanya satu peserta bertuah akan dipilih menggunakan sistem 'random' yang selalu bloggers guna untuk memilih cabutan bertuah
6.Tarikh penyertaan 22 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010 jam 12.00 tengah malam (harap sempat dapat untuk pakai raya)
7.Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2010

..:: MY BIRTHAY SPECIAL GIVEAWAY ::..


Here are the instructions on how to join this giveaway... very simple :-

1- This giveaway is for followers ONLY.(Be a follower if you are not) -- done
2- Publish the news in a post in your blog. (You can use the picture above.)-- done
3- Link My Lovely Ribbons N Laces in your blog list. -- done
4- Leave a comment saying that u r joining the giveaway. -- done



Hurry....

..:: Kedudukan Jerawat Dan Info ::..

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran
Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

..:: HATI TIDAK BAHAGIA ::..

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu s ed ikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

 8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah
**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

..:: Masalah Perut Buncit, bagaimana mengatasinya? ::..

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.


Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurangi Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi ubat-ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

..:: Khasiat Buah Kurma ::..

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).


2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

..:: Azfar - Akan Ku Jumpa (OST Syurga Ramadhan) ::..

Ku mengatur langkahku

Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta

Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta datang engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

..:: Ka-Ching PreLoved Nak Bg Duit Raya !!! ::..


Sempena Raya yang bakal menjelma,

Ka-Ching PreLoved

buat Raya GiveAway

4 orang akan dipilih secara rawak untuk dapat

DUIT RAYA

Hadiahnye:-

1st Duit RAYA RM50!!
2nd Duit RAYA RM30!!
3rd Duit RAYA RM20!!
4th Duit RAYA RM10!!



Cepat..

..:: Keserasian Pasangan ::..

* Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan
kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

* Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si
tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

* Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

* Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan
mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

* Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka
mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

* Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

..:: Mandi ::..

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Friday, August 13, 2010

..:: Giveaway from Polkadot's Cottage ::..


saya nak menang gak sebab:
1. hadiah menarik
2. xpernah menang lagi mana2 GA
3. gift semua limited, sukar utk dapat kat mana2

me dah join GA Polkadot's Cottage . anda bila lagi ??

tag:
jun
kak ina
kak shima

Thursday, August 12, 2010

..:: Miakididdles Giveaway ::..


me dah join di sini. cepat!!! dah nak close b4 14/8/2010

tag:
june
kak ina
kak shima


..:: Solat Witir ::..

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Jumlah solat witir itu ialah 11 rakaat, dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"






Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"




Zikir Selepas Solat Witir 




Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :





.. :: Cute Teddy Bears Giveaway!!! ::..


me dah join di sini

tag :
kak ina
kak jun
kak shima
kak ila
maknyer

..:: Bazar Ramadhan 2010 ::..

Dah 3 hari kita sambut Ramadhan. Sambutan Ramadhan tahun ni berbeza dengan tahun lepas. Saya bukan nak citer sangat pasal sambutan Ramadhan tapi nak citer pasal bazar Ramadhan.

Bazar Ramadhan tahun ni macam kurang meriah berbanding tahun lepas. Mungkin ramai yang tgh mengamalkan sikap berjimat cermat. Tetapi yang paling saya terkejut adalah harga se cawan air... Kalo dulu harganya dalam RM1.00 - RM1.20 tetapi kali ini harga air meningkat kepada RM1.50 ( naik 30 sen tu) dengan alasan, harga gula naik. Harga gula naik dalam RM0.10-0.20 (setiap 1 kg) sahaja, xkan la air secawan cecah 1kg gula...

Kalau yang bujang la, rasanya bulan Ramadhan ni , perbelanjaan bertambah la dengan kenaikan harga makanan di bazar. sian2 la dekat yang bujang dan keluarga yang ramai.

..:: GA Contest @ GA Contest ::..


Hadiah utama 6pcs homemade choc with/wo filling with bookstyle packing


4 Hadiah saguhati 2pcs homemade choc with/without filling perset

Saya join GA di SINIGA nih bermula pada 11 Ogos sehingga 11 Sept 2010

..:: Giveaway @ sueshop ::..



Saya join GA ni di SINI. Tarikh tutup pada 20 Ogos 2010.

Wednesday, August 11, 2010

..:: Kelly's Life GA ::..


Cantik kan apron set ni?
Berminat untuk memilikinya?
Kalau jawapannya, YA...jangan lupa join GA dari Kelly's Life
Ada 10 apron set ( yellow ) untuk dimenangi

Syarat2 nya mudah sahaja : -
 Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
Link kan blog Kelly's Life
Letak komen kat N3 ni
Mestilah follower kat blog Kelly's Life
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je

Selamat mencuba & semoga berjaya

..:: Give Away expres!on!! ::..


Join GA dari expresion de higado 

..:: Red Ribbon RAYA Giveaway Contest (4th) ::..


 WHISTLIST for Raya :


Raya tahun ni agak berbza dengan raya2 tahun lepas kerana:
1. raya tanpa kehadiran abang ipar (sebb di meninggal akibat kemalangan jalan raya)
2. tahun ni, kurang kuih raya, tp lebih kepada buat kek buatan sendiri
3. rasa2 macam nak beli pinggan/cawan/mangkuk polisterin ajer (maklumla, malas basuh pinggan mangkuk)
4. raya tahun ni sedih sikit sebb nak buat gempak dengan family.... hehe (konon nak raya kat tempat lain)



skrg me nak komen tentang Red Ribbon Boutique Blog
 ~    blog nyer nice & interaktif
~   maklumat yg lengkap & sesuai dengan content
~   logo yang digunakan pun sesuai dengan tema


tag:
kak ina
shida
kak jun

Tuesday, August 10, 2010

..:: Cenderahati Dari Encorel ::..


Ini adalah cenderahati daripada pihak enCorel.. Cantik, pendrive + pen + laser pointer ...

..:: Jom Ikut Teha Giveaway ::..




me dah join GA dari Teha ni, skrin follower pun dah letak skali...

opss... kat fb pun dah buat

tag:
kak ina
jun

..:: Pasukan Futsal Jabatan Bendahari ::..

Saya ajer nak tunjuk hadiah yang dimenangi sempena pertandingan Futsal Antara Jabatan (Jabatan Bendahari dalam Rumah Sukan Kapten Yazid) berada di tempat kedua. (tp yg x seronoknya, semua pemenang dapat hadiah sama...uhuk!!!)




Beg kasut warna hitam.....

..:: Cantik Itu Kamu Contest 4 You!! ::..






dan hadiah-hadiah akan ditaja oleh Cantik itu kamu.

Gambar yang me akan pertandingkan adalah ...............
..
..
..
..
..
.



Sunday, August 8, 2010

..:: Anna's Birthday GA! ::..

.::Sticky post::.

26 Julai until 10 August 2010
 

Saya join GA ni di SINI. Tarikh tutup pada 10 Ogos 2010.

Tag:
kak ina

..:: my 1st giveaway!! ::..


GA dari Cik Kerms, klik disini

..:: Ayu Little Cottage GA ::..



Soalan :
Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?

Jawapan:
Bag ni terlalu cantik, kalo nak guna pun sayang juga tp,,
Maka, saya akan membawa beg ini ke mana saja saya pergi, saya akan masukkan hp, walet, payung dan juga botol air di dalamnya...


tag:
kak ina
   

..:: Edu Lucky Draw 2010 ::..

*Sticky post sehingga 8hb Ogos 2010*


"SAYA NAK MENANG CD!"

Me Join GA ini....

..:: Lucky Draw: Miss Zahidah Mom's Birthday ::..


Jangan lepaskan peluang..
Jom sertai GA dari Miss Zahidah Mom's Birthday
klik disini
Hepi Besday Puan Hajah

..:: Little Colour Shop Cabutan Bertuah 5 hari ::..



Hanya 4 orang pemenang saja akan dipilih .

Setiap sorang akan menerima hadiah berupa "seketol" kartun dak pompan kiut montel chubby molat.... muehehehe!


singgah la ke Little Color Shop pasti teruja.


tag :
1. kak ina
2. kak ummi
3. kak jun

Saturday, August 7, 2010

..:: Hadiah Al-Quran Untuk Anda ::..

Al-Qur'an - Boleh selak-selak. ..


Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.

Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT.


KLIK DI SINI 



Hadiah utk kamu semua. Tak payah beli quran. Buatlah macam senaskah qura'an juga.Kalau pun malas nak ambil qura'an  atau Untuk kaum perempuan kalau yang datang haid tak menjadi masaalah.. Sekurang2 nya kalau di pc ni boleh klik saje.

Selamat membaca. 

..:: Chicken Wings - Its Dangerous ::..

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.



A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.
This need is none other than the need for food..



Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the  neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of
female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings! 

..:: Selamat Menyambut Ramadhan ::..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara su ami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng- ami inkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , yang mungkin menyakitkan hati atau yang kurang menyenangkan, yang menyinggung perasaan atau yang mengecilkan hati, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & BERPUASA 

Friday, August 6, 2010

..:: Sardin Tomyam ::..

Kalo dah suka sangat makan sardin tin, macam2 resepi saya buat dengan sardin ni.. Ni ada resepi baru, boleh la cuba


Bahan2:
1. 1 tin kecil sardin (terpulang la apa2 brand)
2. 2 helai daun limau purut
3. 1 batang serai
4. 1 kuntum bunga kantan
5. 1 biji tomato
6. 1 biji bawang besar
7. 4 biji cili api
8. sedikit pes tomyam ( x kisah la tomyam apa, tp lebih baik jenis pes)
9. sedikit garam




Cara2:
1. Goreng bawang, masukkan pes dan serai dan cili
2. kemudian baru masukkan sardin td (tambah la air sikit dlm tin yang ada baki sardin td) & terus masukkan air tu
2. kemudian, masukkan limau purut & bunga kantan. kemudian baru masukkan tomato dan garam.
3. kalo air dah sedang2, boleh la tutup api

..:: Nasi Goreng Tomyam ::..

Hari ini, baru nak masukkan resepi nasi goreng tomyam,,, buatan asli.. :)) .. 
gambar x der sebab lepas cuba terus makan... muaha!!!


Bahan2 :
a) 2 mangkuk nasi
b) 5 ekor udang
c) 100g kobis bulat ( potong ikut suka)
d) sikit pes tomyam...
e) 1 biji tomato (potong 6 )
f) 3 biji bawang kecil (hiris untuk goreng)
g) 1 biji bawang putih (ketuk sikit)
j) sedikit ikan bilis
k) 4 biji cili api (hiris pun boleh)
l) garam




Cara2:
1. tumis bawang kecil, bawang putih & cili api
2. kemudian masukkan ikan bilis
3. masukkan pes dan udang.  dah hampir masak, baru masukkan kobis (jgn lama sgt nanti kobis tu layu)
4. masukkan tomato , kemudian masukkan nasi
5. rasakan garam & tutup api

..:: Syifa Punya Kraf 1st GA ::..


GA dari Syifa Punya Kraf sebelum 2 sept 2010!

cadangan2 nyer adalah:

1. rajin2 buat promotion kat blog2 lain
2. cuba buat survey felt2 yang ada, & kreatif tuk modified
3. felt yg dihasilkan, ada kelainan setiap satunya .....(jgn asyik serupa ajer)
4. felt yg ada selalu buat limited edition... hehehe

Thursday, August 5, 2010

..:: HARI ICT & GALAKAN MEMBACA 2010 UPSI ::..


Bersemangat aku pegi menjayakan Hari ICT & Galakan Membaca ni... best juga terlibat sebagai salah seorang peserta kursus Business Intelligence IPTA.







..:: Lucky Draw Cerita-Ceriti Ibu Ayra ::..


Jom sertai GA dari Ibu Ayra
Cepat sebelum 8 Aug 2010

blog ibu Ayra menarik, simple & ada keunikannya
blog ibu akan sentiasa di penuhi dengan kasih sayang ibu selamanya...

Wednesday, August 4, 2010

..:: nur_eimi Lucky Draw ::..

Tag :

1. shida
2. june

..:: bARdbOO GIVEAWAY ::..

Saje jalan2 cari giveaway, tu yg jumpa bARdbOO GIVEAWAY  !!!

Jom Join give away ni...

Hadiahnya menarik sgt !!!!!!

Klik kat sini tuk join juga

..:: Cute Teddy Bears Giveaway!!! ::..


Tag Kawan:
1. Kak Ina
2. Kak Umi
3. Kak Sha
4. Jun
5. Nadia

Monday, August 2, 2010

* Lucky Draw: Who's The Lucky One *

Mood join giveaway mai dah..he..he..
jom test 'tuah' Lucky Draw anjuran Super Dooper Kawai Mommy & Lil Ones


Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones


Sayang Baby Ibu

Tag :
1) Kak ina
2) Kak Umi
3) Kak Sha

..:: kurma di bulan puasa ::..

Buah kurma mempunyai khasiatnya tersendiri. Kerana itu, ketika berpuasa kita digalakan berbuka dengan buah kurma agar mendapat kesegaran dan tenaga. Kandungan antioksidan di dalam buah kurma dua kali ganda berbanding dengan buah kismis, aprikot kering mahupun beri biru. Kurma memberi tenaga serta merta mengandungi 50 peratus hingga 57 peratus glukosa di dalamnya. Disebabkan itu orang yang berpuasa mudah berasa segar dan bertenaga selepas menikmati buah kurma setelah seharian tidak makan ataupun minum.

Seperti buah pisang, buah kurma juga mengandungi potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf. Ia amat baik walaupun diambil berlebihan khususnya untuk mengatasi masalah kesihatan saperti sembelit, lemah otot, letih, tekanan, sengal sengal badan dan juga untuk menguatkan daya ingatan. Buah ini jika dimakan tanpa kulitnya, ia boleh membantu melewaskan perut dan memudahkan pembuangan najis serta mencegah daripada mengalami masalah usus. Kurma juga sesuai dimakan oleh wanita selepas bersalin untuk menggalakan pengeluaran susu badan. Selain dari itu ia turut membantu tumbesaran anak anak dan beperanan dalam pembentukan darah dan sum sum tulang. Oleh itu buah kurma bukan saja baik untuk golongan dewasa malah kanak kanak juga dapat manfaat yang banyak daripada nya.

..:: PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA ::..

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :


1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .

3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .

4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya.

6. Kedatangan haid atau nifas.

7. Gila walaupun hanya sekejap masa.

8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

9. Bersalin.

10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.

11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...