Followers

Tuesday, July 26, 2011

Terima Kasih

Assalamualaikum....

Tima kasih kepada kelab Jabatan Bendahari dengan pemberian hadiah yang diberi ini. elza amat terharu dengan hadiah ini. ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu elza membina kerjaya. elza juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang banyak memberi sokongan dan kata2 gembira kepada elza.




Monday, July 25, 2011

Kahwin....

Assalamualaikum....


aritu, elza g wedding member elza kat Kulim, Kedah.... sori la, elza x sempat nak amik gambar pengantin.. elza hanya sempat gambar sendiri ajer. :D...






Menu Lunch Hari ini...

Assalamualaikum....


elza rasa mcm nak makan lunch arini... sedap x menu elza ni.... 


air moccha + laksa penang... nyum.nyum ...lazatnya,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.





Design Baru Lampu kertas

Assalamualaikum....


elza nak tunjuk design baru lampu kertas yang elza baru buat ni.... seronok plak dan byk kepuasan bila dapat decorate sendiri....






Thursday, July 21, 2011

Petua Mencantikkan Rambut


Petua untuk mencatikkan rambut.

Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
  1. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.
  2. Rebus serai itu sehingga mendidih
  3. Apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
  4. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.
  5. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.
Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini.



Lampu Kertas

Assalamualaikum...


Aritu elza ronda2 kat KL ni, lepas tu elza ada jumpa orang jual kertas lampu... apa lagi, pilih punya pilih, akhirnya elza pilih la colour kertas yang elza suka... ni lah hasil yang elza dah buat










-MALAM PERTAMA-

Kita pernah dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya. .sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. 
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian.. 

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..

Saksi pula nisan-nisan. . 
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH.. 
Dikamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa.. 
Dan Dia KEKASIH itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka......

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Assalamualaikum


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.  Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula
menggunakan sudu dan garfu.  Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.  Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.  Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri
pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.  Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.  Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga sebab:

Pertama:  

Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua:     

Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga:     

Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.  Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut............

Moralnya:  Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu................... ...




Wednesday, July 20, 2011

Keje Oh Keje....


Assalamualaikum....


Kalau x kerja, macamana nak menabung, simpan duit tuk hari tua elza nanti... so, kenalah keje.... dah lebih seminggu elza berhempas pulas menyiapkan tugasan bos... bos suh elza siapkan integration sistem finance... aduh, pening betul la... apa taknya, end user sendiri x cukup kukuh flow process mereka. apa lagi, elza yang sentiasa giler kuasa ni terus la propose flow process yang agak kemas + yang sedia ada... target elza, elza dapat naik gaji.... hehehe..........




Wednesday, July 13, 2011

Berkat Kesabaran

Assalamualaikum....

Rasanya elza dah x mampu nak menanggung lagi kesabaran ni... betapa beratnya sabar ni.... elza menghadapi pelbagai ujian bulan ini... macam2 perkara yang terpaksa elza lalui... betul sangkaan elza, apa yang berlaku ada hikmahnya... kadang2 kita selalu bertanya2 pada diri kita apa hikmah berlakunya semua ini...

elza rasa, elza dah x mampu nak bersabar lagi... tp kalo elza x sabar, apa lagi yg mampu elza lakukan...sehingga ari ini elza masih lagi bersabar...... elza akan terus bersabar selama2nya................

Tuesday, July 12, 2011

Melaka MAJU

Assalamualaikum....


Aritu elza berkesempatan melawat Melaka pada waktu malam.. Sangat cantik pemandangan Melaka di waktu Malam.... Tahniah MELAKA... Selamat Maju Jaya !!!!!!!!!!!!!





Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum...


Kelab Jabatan Bendahari UPSI telah mengadakan jamuan perpisahan elza pada 24 Jun 2011 yang lalu. Terima kasih Kelab Jabatan Bendahari,

Monday, July 11, 2011

Lawatan Ke Silicon Valley, US

Assalamualaikum...

Ni elza paparkan gambar semasa lawatan elza ke Silicon Valley





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...