Followers

Thursday, April 28, 2011

Mengatasi Sakit Kepala

Tentu ramai di antara kita yang mengidap sakit kepala yang dinamakan migrainni. Maklumlah, kita ini manusia, tak lari dari masalah. Kadang-kadang itu, kerja yang melambak-melambak di pejabat dan jugak di rumah pun boleh menyebabkan migrain ini melanda. Disini Ada berapa tips bagi mengatasi dan jugak mengurangkan sakit migrain ini.


Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap di alami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut diikuti dengan muntah dan pitam. Bagaimanapun migrain tidak didedahkan kepada maut. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :

* Ketegangan


Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendali masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


* Pengambilan Ubat-Ubatan


Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi bahan 'monosodium glumate atau MSG', kafein dan alkohol boleh juga menyebabkan sakit kepala.


* Penyakit Metabolik


Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati jugak boleh menyebabkan sakit kepala.


Untuk Meredakan Serangan, Cuba Ikuti Panduan Ini :-

- Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk, malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.


- Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.


- Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.


- Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dlm tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.


- Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.


- Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca dapada tekanan dan gangguan perasaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...