Followers

Thursday, April 28, 2011

Terjerat dengan Kata2 Manis...

Assalamualaikum...

Arini, rancangan TV3 999 memaparkan mengenai ramai yang tertipu dengan kenalan baru yang dikenali melalui internet. Biasanya mereka akan mencari mangsa melalui FB, Live Health atau twitter. Modus operandi mereka yang sama iaitu memperdayakan wanita dengan kata2 manis, mudah jatuh cinta, kononnya menghantar barang2 beharga, then barang2 tersebut telah di tahan di pejabat kastam dan mangsa perlu membuat pembayaran kononnya untuk mendapatkan barang tersebut.

Secara jujurnya , saya juga pernah mengalami kejadian ini tetapi saya terselamat. Secara logiknya, penghantar yang perlu membayar semua cukai yang telah ditetapkan dan bukannya penerima yang perlu membayar nya. Dari pengalaman saya, mereka akan memaksa kita untuk membayar cukai tersebut dengan pelbagai ugutan dan menakutkan supaya kita akan membuat pembayaran. Yang peliknya, mereka akan memberikan akaun peribadi untuk kita memasukkan sejumlah wang yang dipinta. Selain itu, jika wang yang diminta tidak mampu dipenuhi, mereka membenarkan kita membayar dengan mengikut kemampuan yang kita ada, pelik bukan. Maaf la, saya ni kalau yang melibatkan duit dan wang, memang sukar tuk percaya. Kita ada akal supaya kita dapat berikir sebelum membuat tindakan.

Bagaimana dengan mereka yang mudah percaya dengan janji2 tersebut? Dari pengalaman saya sendiri, lecturer juga ada yang pernah tertipu dengan golongan ini. Bukan itu sahaja, lecturer tersebut telah membuat pinjaman peribadi di bank berdekatan semata2 untuk mengambil barang yang dihantar oleh golongan ini. Dimana, barang yang dihantar dalam kontenna dan barang tersebut telah di tahan oleh Kastam. Di dalam kontenna tersebut, mengandungi cincin tunang la, barang perabot rumah la.....Sian lecturer tu, hingga sekarang terpaksa menanggung hutang....

1 comment:

Elie Lily said...

kena pikir abis2an sebelum termakan janji2 manis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...