Followers

Sunday, October 17, 2010

..:: Koleksi Arnab Peliharaan ::..

Ini adalah antara koleksi rabbit peliharaan yang ada. Arini dah bawa 9 ekor arnab pergi amik suntikan mite kat Pejabat Haiwan Daerah Slim. Alhamdulillah, semua arnab tersebut beransur baik... Kebanyakan jenis rabbit yang saya pelihara adalah spesis angora & bulu panjang... susah betul nak jaga supaya bulu2 mereka ni sentiasa nampak cantik dan bersih..

ni adalah spesis arnab jenis bulu panjang



arnab ni memg suka bergayut dekat dawai... manja plak tu...

Sunday, October 10, 2010

..:: Arnab Masak Rendang ::..

Aritu aku dapat undangan "Open House" dari kengkawan2 la... satu ari tu, aku ni excited la nak g open house member aku (rumah dia dekat Samudera Gombak).. Punya la aku syok makan2 rendang, laksa & mcm2 lagi la... masa makan rendang tu, aku dah mula pelik... yela, setakat rendang ayam dan daging,, aku tau la bentuk nya... kalo gulai perut ker, limpa ker, aku pasti tau...

Puas la aku makan... dah nak balik, baru la aku berani tanya kat member aku... rupa2 nya tu rendang arnab.. dah la selama ni aku x makan arnab ( bukan x boleh makan, tp aku xnak makan sbb aku pun bela arnab... sayang tu)... rupa2 sedap gak daging nyer... lepas ni, aku nak buat satay arnab la...

sapa2 teringin nak makan daging arnab, calling2 la aku...

..:: Kacang Bendi ::..

Ni kacang bendi,,, kat umah aku ada lebih kurang 15 pokok bendi ni.. sblm ni, aku jarang makan bendi,,, tp bila dah byk kat umah, terpaksa la aku merajin2 kan diri makan bendi.

Bendi ni, dari putik sampai ke buah masak mengambil masa dalam 4 hari.. kalo terlebih hari, buah bendi akan tua & keras (hanya sesuai dijadikan benih shj). Kalo korang nak tau, ada beberapa khasiat bendi ni yang boleh la aku kongsi bersama.. org kata, perempuan x elok makan bendi ni, tp kalo buah2 an segar depan umah, memg elok la..
khasiat bendi :
i. membantu melincinkan bahagian dalam usus besar

ii.  membantu mengelakkan sembelit
iii. baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.

ni resepi bendi aku la...
bahan2:
buah bendi (dipotong serong dalam 3 inci)
4 biji cili api
1 biji bawang
garam
belacan (sebaik2 nya bakar la belacan ni dl - bg sapa2 yg alah belacan la)


cara2:
1. tumbuk 4 biji cili api, 1 biji bawang, garam dan belacan td sampai lumat
2. goreng bahan2 tumbuk dengan sedikit minyak (jalan lama sgt, nanti hangus)
3. masukkan bendi td, & 2 sudu air (supaya bendi td tidak terlalu kering)
4. dah rata, padam api & hidangkan la...

..:: Hamster ::

 Ni dia, hamster kesayangan aku... selalu sangat main tengah malam,,, aku juga pernah kena gigit dengan hamster ni.... dah la lahap, seronok tengok hamster ni... sejuk ati... kalo korang nak tau, hamster ni selalu memanjat rumah dia,, lepas tu, bila gigit dawai2 tu.... kalo makan kuaci tu, dah la gelojoh, tamak plak tu...

bila aku balik keje ajer, selalu tegur aku... x lama lagi, aku jadi mummy hamster, sbb harmster ni pregnant...

..:: Kanak-Kanak Merempit ::..

Imran pakai helmet pak ucu
Ni lah, antara aktiviti anak saudara aku bila mereka kat umah,,,, ada saja aktiviti yg mereka nak cuba.. kekadang tu menghiburkan... bila aku tgk mereka pakai, sian pun ada... yela, helmet tu berat, x sesuai dengan kepala mereka....  siap cakap dekat aku lagi, nak g merempit... mana ntah mereka dapat ayat tu... tu belum lagi masa bawa mereka naik motor... ada ker suruh aku buat willy,,, bahaya tul la....



Fauzan pakai helmet mama dia kat umah
 ni adalah anak saudara aku yg lain plak... pun nak merempit juga.... basikal pun dia boleh rempit,,,, xtau la, pengaruh2....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...