Followers

Thursday, November 25, 2010

~ Kumpulan Dongeng Indah Nusantara - Sepasang Pendekar Betawi ~

Saya akan membuat kesimpulan daripada salah satu citer yang ada dalam buku ini. Ni pun atas permintaan.... tetapi saya buat alihan bahasa yer.. Buku ini ditulis dalam Bahasa Indonesia.

Kononnya di sebuah kampung Marunda, tinggal seorang pendekar wanita yang jelita yang diberi nama Intan. Ramai pemuda yang ingin memperisterikan Intan ni tetapi gagal. Intan ingin mencari calon suami yang kebih hebat daripada dirinya. 


Ada seorang penjahat yang bernama Hasan (Si Benggol) ingin mecuba nasib untuk memperisterikan Intan, tetapi gagal. Lalu Si Benggol ini bertekad untuk kembali bertarung dengan Intan ni pada suatu hari kelak. 


Beberapa hari kemudian, datang la seorang pendekar muda yang hebat dari Kemayoran, Indonesia. Husin ini adalah seorang gagah, kacak yang ingin mencuba nasib untuk memperisterikan Intan. Pertarungan antara Intan & Husin ini berjalan berjam-jam lamanya sehingga Intan mengaku kalah. Kerana kekalahan ini, Intan pun berkahwin dengan Husin. Berita perkahwinan ini telah tersebar luas sehingga sampai ke pengetahuan Si Benggol. Si Benggol berniat jahat untuk membunuh kedua-dua pengantin tersebut.


Semasa Si Benggol ingin membunuh mereka, mereka dengan cepat dapat mengelak dan berlawan dengan Si Benggol itu. Semasa Husin sudah tertikam pedang ke perut Si Benggol,  Si Benggol tidak berusaha untuk mencabut pedang tersebut tetapi menggapai-gapai ingin memeluk Husin. Rupa-rupanya Husin adalah adik kandung kepada Si Benggol yang telah terpisah dari mereka kecil lagi. Akhirnya Si Benggol mati dalam dakapan adiknya, Husin.

2 comments:

Cempakamelati said...

buang masa jer berkahwin ngna pompuan yg camtu...baik ke dua-dua beradik tu cari jer pompuan lain..yg lebih baik.

Nazz@Purple said...

cerita menarik..tp kalo dlm bahasa indonesia mesti penin nak paham kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...