kalau malaysia kaya dengan loghat, malaysia akan kaya dengan pelbagai budaya la....


Ini adalah gambar kenangan raya 2009. yang sedihnya, dalam semua gambar ni, kakak aku yg sulong ajer yg x der, tp anak2 mereka ada.. sebelah kanan ni adalah gambar adik2 lelaki aku yang tersayang.. gembiranya raya tahun ni.. anak2 buah pun dah semakin membesar. tahun ni juga, aku paling gembira kerana membuat kuih raya untuk keluarga aku & kakak2 aku... akhirnya dapat juga aku menunjukkan skill aku yg pandai buat kuih raya... tp biasalah, buku resepi sentiasa ada di sisi. kuih raya yang aku buat tahun ini adalah kuih makmur, tart nenas, arab, almond london, gunting, bunga ros & rempeyek. Sapa2 nak rasa lontong special aku, rajin2 datang rumah... maklumlah skrg aku tgh rajin nak memasak... lagipun adik2 aku gemar betul menyuruh aku memasak.
Hobi bercucuk tanam wujud setelah menyewa rumah secara perseorangan. berbekalkan semangat ilmu yang cetek, mulalah aku melakukan aktiviti di petang hari selepas pulang dari keje. Pokok yang ku tanam bertambah membesar dan mengeluarkan hasil yang banyak. walaupun kekangan masa selalu melanda, aku tetap dengan hobi ini. kadang2 leka melihat hasil tanaman, sampai maghrib aku dok membelai pokok tanaman aku. selain pokok cili merah, cili padi, pokok bonzai, pokok bunga kertas, pokok kaktus & juga pokok orkid di bawah jagaan aku... wah ,,,seronoknya.



