Followers

Monday, September 14, 2009

..:: MuMMy Yang PenyaYang ::..

Aku mendapat gelaran "Mummy" pada kesemua anak buah aku (4 orang semuanya). Sebagai mummy yang penyayang, aku boleh membawa mereka berjalan2 tanpa kehadiran ibu bapa mereka sendiri, tidak mustahillah aku pernah mengasuh mereka di taman putrajaya. keletihan menjaga keletah mereka benar2 membuat aku terhibur. aku selalu merasuah mereka minum dikedai2 makan jika aku membawa mereka keluar agar mereka tidak lasak & mudah dikawal. Kiranya saham aku selalu ajer turun jika aku membawa mereka bersiar2. selalunya kalo pergi majlis persandingan, akulah orang yang kena jaga mereka, ini kerana mereka x nak makan bersama ibu bapa mereka sendiri. kakak2 aku lagi suka jika aku yang menjadi baby sitter anak2 mereka. lagipun aku seorang mummy yang tidak garang & mudah ketawa.  sehingga kini, aku sentiasa disayangi oleh mereka & jika seminggu mereka x berjumpa dengan aku, pasti mereka akan sering bertanya ibu bapa mereka kenapa aku x pulang ke rumah, maklumlah aku balik kampung hanya hujung minggu sahaja

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...