Followers

Tuesday, July 13, 2010

..:: Khasiat ikan = daging ayam dan lembu ::..

Hasil penelitian menunjukkan bahawa ikan mengandungi protein yang berkualiti tinggi. Protein didalam ikan terdiri dari asid-amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan. Protein ikan amat mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Selain itu, berbagai vitamin turut terdapat di dalam ikan termasuk vitamin A,D,thiamin, riboflavin dan niacin.


Ada 2 kumpulan vitamin didalam ikan iaitu vitamin yang larut didalam air dan yang larut di dalam lemak. Vitamin yang larut didalam air terdapat didalam ikan yang tergolong dalam kelompok vitamin B iaitu B6, B12, biotin dan niacin. Kumpulan ini banyak terdapat dalam ikan yang dagingnya berwarna gelap. Jumlah vitamin B dalam isi ikan yang berwarna putih hampir sama banyak dengan jumlah vitamin dalam daging lembu atau ayam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...