Followers

Tuesday, July 13, 2010

..:: Petua Bersihkan Bulu Dan Putihkan Ketiak ::..

Bagi para isteri terutamanya tentu mahu kelihatan terbaik untuk suami masing-masing. Pasti ada di antara mereka yang mencari cara terbaik untuk membersihkan bulu ketiak dan memutihkan ketiak yang hitam.


Salah satu cara untuk memutihkan ketiak yang hitam adalah dengan menggunakan limau nipis dan kapur sirih. Caranya ialah dengan memerahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

Manakala itu untuk membersihkan bulu ketiak, campurkan setengah camca teh kapur dengan sebiji limau nipis. Lumurkan campuran tadi pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lakukannya selama seminggu.

Satu lagi cara ialah dengan mengambil debu atau habuk yang terdapat pada kundur. Gunakannya untuk disapu pada ketiak dan biarkan seketika tanpa dicuci. Lakukan sehingga bulu ketiak gugur dengan sendiri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...