Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.
Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.
Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.
Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.
Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak
didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.
Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit otot dan pelbagai.
Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.
Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.
Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan tomato sebahagian daripadanya.
Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk kesegaran fikiran.
Jalani pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya enam bulan sekali walaupun anda rasa sihat dan tidak sakit.
Derma darah untuk sumbangan dan bakti anda kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment