Followers

Monday, December 21, 2009

..:: Genap Sebulan Kemalangan Ngeri :..

Salam Semua,

Kemalangan maut pada 22.11.2009 di KM 359 di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara yang telah meragut nyawa abang ipar (Ramli - ayah Fauzan) dan mak saudara (Masnidar - Mummy) yang meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kejadian ini berlaku pada pukul 8.05 pagi dipercayai tayar belakang (sebelah pemandu) van ini telah meletup dan gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan van ini berguling 3x. Kami sekeluarga ingin menuju ke Grik, Perak untuk menghantar rombongan adik perempuan aku kahwin (Emi) dengan Shafie yang berlangsung disana. Kami bertolak pada pukul 6.30 pagi dari rumah aku di Kuang dan mula memasuki tol Rawang pada pukul 7.00 pagi. Pada masa kejadian, semua org membawa haluan masing2 dengan arwah tidur semasa kejadian, aku & mak aku tengah sembang mengenai isu-isu semasa. Selepas kejadian itu, kami semua dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, disebabkan pakar kurang dihospital berkenaan lalu kami dipisahkan ke hospital mengikut pakar. Tiada langsung sanak saudara kami yang mengiringi majlis kenduri adik perempuan aku. Jenazah abang ipar aku dibawa ke kampung halamannya di Sungai Besar, Sabak Bernam manakala jenazah mummy di hantar ke Gombak.
Yang paling memilukan, isteri arwah ( Kak Nur) langsung tidak dapat menatap suaminya buat kali terakhir dan kak nur juga tidak melihat pengebumian suaminya disebabkan anaknya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Sg Buloh. Kak Nur melawat kubur arwah suaminya pada 25.11.2009 selepas anaknya dibenarkan keluar daripada wad. Yang masih dirawat di dalam wad adalah ayah aku (kedua-dua belah kaki mengalami luka yang teruk & terpaksa mengambil kulit lain untuk ditampal ke luka2 tersebut) & juga isteri pemandu (putus tangan & disambung semula).
Kami sekeluarga masih dalam keadaan trauma dan takut untuk melalui jalan berkenaa, termasuk menaiki van atau bas. Masih terngiang2 lagi kami mengucap di dalam van berkenaan. Kak Nur asyik bertanya diri sendiri mengapa dia tidak memegang arwah suaminya semasa van berkenaan gagal dikawal. Aku juga masih tertanya2 bagaimana anak saudara yang aku pangku boleh tercampak keluar selepas kejadian. Aku terlalu sedih dengan kejadian ini. Walaupun kami sekeluarga redha dengan kejadian ini, tetapi kami masih dalam keadaan sedih, pilu, tertanya2 dengan diri sendiri & asyik mengingat kejadian berkenaan.
Van berkenaan adalah van yang telah disewa oleh pemandu di Syarikat AIRPORT TOUR & TRAVEL BHD, dan yang peling memilukan adalah syarikat berkenaan telah membayar 3rd party bagi insuran van berkenaan. Pihak Insuran tidak boleh melindungi semua penumpang yang ada di dalam van berkenaan.



Ini adalah Fauzan, selepas kemalangan. Ayah dialah yang telah meninggal semasa kejadian.

Thursday, November 5, 2009

..:: Pokok Orkid ::..

Bila tengok pokok orkid dirumah2 orang, seronok rasanya. aku pernah belikan 4 pasu pokok orkid tuk mak aku tp kesemuanya mati, kecewa juga. aku ingat, aku pun nak try la semai pokok orkid.... tp bila dipikir2 kan balik, aku ni dah la bekerja, bila masa yang sesuai untuk menjaga orkid? aku juga bukannya tahu sangat pasal selok belok penjagaan orkid ni,,, secara kasar nampak mcm susah.. orkid ni ada pelbagai jenis iaitu indoor, outdoor & menumpang.. nurseri yang arif tentang orkid ni ada di Jalan Kuala Kubu Bharu, beliau memg expert dalam penjagaan orkid ni.. nanti, suatu hari nanti, aku akan ada laman orkid yang terbesar di kawasan rumah aku.

..:: Tempahan Benih Cili ::..


Aku x sangka, ada org yg suruh aku semaikan dlm 700 pokok cili api.. semaian cili api & cili masak ni adalah berbeza,,, cili masak kena ada panjagaan yang sangat rapi & kalo umur yg terlalu muda kena letak di dalam rumah semain. cili api plak x boleh di tempat yang panas tetapi perlukan cahaya. seronok juga aku bercucuk tanam, tp masa yg selalu mengganggu la.. yela, aku menjaga pokok semaian ni dengan belaian kasih sayang. Minggu depan, dah genap sebulan pokok semaian aku, & org tersebut akan ambil pokok semaiannya. Aku doakan kepada En Suhaimi & EN Mat supaya impian anda menanam pokok cili api 1000 pokok akan terhasil & dapat memasarkan cili api tersebut di kawasan Selangor.

..:: Palet Ikan Buatan Sendiri ::..


Sejak adik aku sambung belajar di Melaka, aku la yang mengambil alih tugas dia. Tiap2 minggu aku kena buat palet tuk ikan aku makan, bersihkan kolam (setiap 2 minggu) & kadang2 cari benih ikan. Wah, walaupun aku terlalu bz, tapi aku sempat menjalankan tanggungjawab aku pada amanah adik aku (kira bangga la sebab ikan tu hidup dibawah jagaan aku). dah la adik aku ni bela ikan pelbagai (ikan talapia, keli, lampam, puyu & sepat), aku juga mengetahui tentang habitat & sifat2 ikan la.. yang paling susah nak jaga adalah ikan talapia(ikan ni manja & sensitif), ikan keli (lasak & buas, selalu basah aku time bagi makan). entahla, rasa2nya x lama lagi aku plak la akan lebih mahir dari dia .. hehehe

..:: Skop Kerja Laman Web::..

Ni lah keje aku yg lain, buat laman web menggunakan pakej joomla... aku xder la expert sangat, ni pun atas team aku (nizam & fazley). keje nizam tuk install component baru yg menarik & susunan & fazley plak betulkan gambar bagi menarik, & yg lain2 aku la yg buat.. biasalah bos aku, dia nak gempak ajer, then compare plak dengan laman web bendahari yang lain.. tiap minggu kena ngadap keje ni, dah naik bosan aku. tp seronok juga aku, aku dah pandai,,, heheh,, bertambah ILMU.. nanti rajin2 la lawat laman web ni

..:: Skop Kerja Coding::..


Ni lah salah satu kerja-kerja penambahbaikan menggunakan language ORACLE & database ORACLE yg aku pasti kena buat jika ada permintaan. Selain daripada modul store, aku juga kena buat submodul lain seperti others collection, FD, & arahan-arahan lain.. Kononnya nak suh aku lebih pandai la.. tu la, berkat begitu kan aku dah lebih pandai sekarang, tp bnyk bergantung pada nota yang aku buat la. kalo nota tu hilang, aku rasa akan hilanglah aku dari muka bumi ni.. hehehe... Orang yang banyak membantu aku adalah Team Finance ICT, ikcm (Kak Wan Sabariah & Salfarinna)

Wednesday, November 4, 2009

..:: Pencapaian Bulan Oktober 2009 ::..


Saya telah berjaya menyiapkan tugasan laman web Jabatan Bendahari UPSI dengan jayanya dan dengan harapan dapat menyiapkan tugasan dengan lebih baik lagi. Laman web Jabatan Bendahari http://bendahari.upsi.edu.my/v2/ .

..:: Jemputan Majlis Perkahwinan :..

Jemputlah ke Majlis Perkahwinan Adik Perempuan Saya pada 15/11/2009 di LOT 3161-A, BT 18 1/4, LORONG SETIA 5, KUANG, 48050 RAWANG, SELANGOR


Thursday, September 24, 2009

..:: PanTuN RaYa NeGeRi ::..

Setakat nak kongsi pantun raya dengan kawan2 yang lain. seronok juga baca pantun2 ni... tu lah malaysia, pelbagai loghat bahasa...
kalau malaysia kaya dengan loghat, malaysia akan kaya dengan pelbagai budaya la....

..:: SamBuTan HaRi RaYa 2009 ::..

Ini adalah gambar kenangan raya 2009. yang sedihnya, dalam semua gambar ni, kakak aku yg sulong ajer yg x der, tp anak2 mereka ada.. sebelah kanan ni adalah gambar adik2 lelaki aku yang tersayang.. gembiranya raya tahun ni.. anak2 buah pun dah semakin membesar. tahun ni juga, aku paling gembira kerana membuat kuih raya untuk keluarga aku & kakak2 aku... akhirnya dapat juga aku menunjukkan skill aku yg pandai buat kuih raya... tp biasalah, buku resepi sentiasa ada di sisi. kuih raya yang aku buat tahun ini adalah kuih makmur, tart nenas, arab, almond london, gunting, bunga ros & rempeyek. Sapa2 nak rasa lontong special aku, rajin2 datang rumah... maklumlah skrg aku tgh rajin nak memasak... lagipun adik2 aku gemar betul menyuruh aku memasak.

..:: KonVoKesyen UTHM Sidang Ke 12::..


Bergaya sungguh adik aku berbaju melayu, smart la katakan.. aku ni, hanya bertindak belakang tabir ajer.. aku yang memandu dari KL ke Batu Pahat semata2 utk melihat adik aku mendapat segulung diploma di UTHM. Sekarang adik aku ni tengah sambung Ijazah Sarjana Muda Mekanikal di UTHM juga. Bertuah aku dapat adik pandai mcm dia, x la macam aku ni... ni adik lelaki sulung dalam keluarga aku la....yg aku plak, bertambah lama, bertambah ceria dengan kehidupan aku.

..:: DoDoL ::..


Ini adalah aktiviti keluarga aku setiap tahun iaitu memasak dodol. tahun ini adalah tahun paling banyak aku memasak dodol iaitu 3kg, selalunya hanya 1.5kg ajer.. maklumla tahun ni ada tempahan daripada kawan aku & jiran yg sangat berminat dengan dodol aku. ni gambar adik2 aku tengah kacau dodol yang hampir masak. penatnya hanya tuhan ajer yang tau. kami start memasak dodol pada pukul 6.30 pagi dan habis dalam kul 11.00 pagi. lepas masak dodol, kami adik beradik berjemaah tidur dalam kepenatan. kami jual dodol ni dengan harga rm14 setiap 1kg.. tahun ni juga, ramai yang datang rumah aku makan dodol ni... pujian rasanya berbakul.. lepas ni, sesapa yang berminat nak rasa dodol ni, jemput2lah datang ke rumah.. rasa2nya, lepas ni akan ada sambutan membuat dodol di depan rumah mak aku... apa taknya, yang bungkus dodol bawa balik pun ramai.

Monday, September 14, 2009

..:: WaLK iN PayUnG - SunWaY PiRaMiD ::..

Seronok berjalan dengan menggunakan payung yang telah diadakan di Sunway Piramid. Comel juga.. Dah la berjalan kaki ni waktu pagi, nampak janggal juga.. aku berjalan kaki sejauh 2km dengan aksi ni... tp sepanjang perjalanan, aku asyik ber posing dengan kawan aku ni, shida. makwe ni lagi kaki bergambar

..:: SuDoKu GaMeS ::..

Tahun 2008, pernah diadakan pertandingan sudoku yang telah diadakan di TESCO Mutiara Damansara. Semua perserta yang hadir amat2 berbakat. aku pun, x melepaskan peluang untuk menyertainya. tetapi kalah semasa peringkat kedua..

..:: Nota KeCiL ::..

Dulu , aku pernah menyewa rumah dengan sorg kakitangan tempat aku bekerja. satu hari, aku mengambil keputusan tuk pindah. Lepas aku inform yg aku nak pindah, kakak tu jadikan aku mcm musuh dia.. dah la bercakap dengan aku x nak, & semua barang milik dia dibawa masuk kedalam bilik dia,, buat aku geli hati ajer. & paling aku x sangka dengan perangai dia, dia boleh tampal nota tersebut kat pintu bilik aku. kalo sekali pandang, kakak ni seorang yg nampak baik, pendiam & pemalu. tp pada hakikatnya kakak ini adalah seorang yang berhati busuk & suka memfitnah orang lain. bahaya tu, perjalanan ke neraka...

..:: MuMMy Yang PenyaYang ::..

Aku mendapat gelaran "Mummy" pada kesemua anak buah aku (4 orang semuanya). Sebagai mummy yang penyayang, aku boleh membawa mereka berjalan2 tanpa kehadiran ibu bapa mereka sendiri, tidak mustahillah aku pernah mengasuh mereka di taman putrajaya. keletihan menjaga keletah mereka benar2 membuat aku terhibur. aku selalu merasuah mereka minum dikedai2 makan jika aku membawa mereka keluar agar mereka tidak lasak & mudah dikawal. Kiranya saham aku selalu ajer turun jika aku membawa mereka bersiar2. selalunya kalo pergi majlis persandingan, akulah orang yang kena jaga mereka, ini kerana mereka x nak makan bersama ibu bapa mereka sendiri. kakak2 aku lagi suka jika aku yang menjadi baby sitter anak2 mereka. lagipun aku seorang mummy yang tidak garang & mudah ketawa.  sehingga kini, aku sentiasa disayangi oleh mereka & jika seminggu mereka x berjumpa dengan aku, pasti mereka akan sering bertanya ibu bapa mereka kenapa aku x pulang ke rumah, maklumlah aku balik kampung hanya hujung minggu sahaja

..:: PaLLet (MakaNan IkaN) ::..

Adik bongsu aku (ayid) baru lepas SPM tetapi x dapat sambung belajar dimana2. aku selalu pikir, apa yang sesuai tuk dia. akhirnya aku galakkan dia bergiat dalam bidang perikanan dengan ternakan ikan. mula2 , aku membeli benih 1000 ekor keli & 1000 ekor puyu tetapi kesemua benih ikan mati kurang daripada 1 minggu. aku menasihatkan adik aku supaya jangan cepat putus asa & cuba berdikari semula. sekarang adik aku membela ikan talapia merah, patin & juga puyu. bagus la adik aku, x cepat mudah putus asa seperti kakak dia ..hahahaha

disebabkan itu, aku mengeluarkan modal untuk membeli mesin palet (seperti gambar ini). sekarang adik aku membuat palet ikan sendiri untuk ternakan dia. rajin betul la adik aku ni...

..:: JuS JaMBu ::..

Mula2 aku membeli jus jambu adalah didepan SK Rahman Putra, Sg Buloh yang dikenali sebagai JAMBU88. bermula dari saat tersebut, aku amat menggemari jus jambu88 dan pelbagi jenis lain aku pernah cuba termasuk pak cu 916, jus jambu muar, jambu 88, jus jambu 69 dan jus jambu perak.

Lepas tu, aku cuba belajar buat jus jambu sendiri & aku modified jus jambu yg ada di dalam internet supaya rasanya lebih kow.... pada hari puasa yang 1, aku telah buat jus jambu ni khas tuk family aku,,, siap ada pujian jus jambu aku yang paling sedap... wah!!! seronoknya. kalo ada yang berminat, hubungi la aku,,, aku pasti akan membantu

..:: MenaNam TanaMan Cili ::..

Hobi bercucuk tanam wujud setelah menyewa rumah secara perseorangan. berbekalkan semangat  ilmu yang cetek, mulalah aku melakukan aktiviti di petang hari selepas pulang dari keje. Pokok yang ku tanam bertambah membesar dan mengeluarkan hasil yang banyak. walaupun kekangan masa selalu melanda, aku tetap dengan hobi ini. kadang2 leka melihat hasil tanaman, sampai maghrib aku dok membelai pokok tanaman aku. selain pokok cili merah, cili padi, pokok bonzai, pokok bunga kertas, pokok kaktus & juga pokok orkid di bawah jagaan aku... wah ,,,seronoknya.

Wednesday, September 9, 2009

..:: KeLaHiRan - ADi PuTRa ::..


Angin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

..:: GuNunG KeRiAnG (CrystaL HiLL ) ::..



Gunung Keriang juga dikenali sebagai "Crystal Hill" yang mengandungi pelbagai jenis kristal. Semua harga kristal yang ditawarkan murah & berpatutan. Gunung ini berhampiran dengan 'Muzium Padi" & mengambil masa 15 minit dari Bandar Alor Setar.

..:: MasJiD Al- BuKhaRy ::..


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah antara manusia terkaya di Malaysia. Beliau mempunyai masjid, pusat perubatan & klinik kesihatan yang cantik. Rekabentuk masjid yang sama disetiap negeri. Masjid Albukhary ni terletak di Bandar Alor Setar, kawasan nya terlalu luas dengan pemandangan yang cantik dan menarik. Kalau singgah di Alor Setar, kunjungilah Masjid Albukhary , kagum dengan keunikan & seni ukirnya

..:: BuKiT MeRaH LakeTown Resort ::..


Bercuti di Bukit Merah LakeTown Resort amat menyeronokkan. Disana ada kolam air panas & kolam air sejuk. pelbagai permainan yang ditawarkan sama seperti iklan yang kita dengar kat media.. Masa aku g sana tu, musim cuti sekolah, dan penuh dengan keluarga yang datang. permainan yang paling seronok adalah belon angin yang pasti mengkagumkan. selain itu ada Chairlift ride yang akan lalu diatas themepark sekaligus dapat melihat pemandangan themepark daripada atas.

..:: LaWaTan Ke PenJaRa PoKok Sena ::..


Ini adalah lawatan ke penjara pokok sena. Sebenarnya ada pelbagai perkhidmatan yang pihak penjara sediakan seperti dobi, mengukir kraftangan dan penyediaan makanan. yang paling seronoknya, semua kraftangan yang dijual amat cantik dan harganya yang berpatutan. Lain kali, kalau ada masa lapang, singgahla dimana2 jabatan penjara untuk membeli hasil kerja mereka

..:: PerTanDinGan BadmiNTon ::..


Ini adalah pertandingan Badminton antara Jabatan UPSI. Saya menang tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut. sekali sekala aktiviti riadah mcm ni, bagus juga untuk menunjukkan bakat terpendam.

Tuesday, September 8, 2009

..:: TeMPaHan TuLanG BeluT & MaTa LaLaT ::..


Dekat Pekan Tg Malim, ada sebuah kedai jahit iaitu "Susan taylor". aku mengambil tempahan jahitan tulang belut & mata lalat, upahan nya adalah biasa ajer. Boleh la , setakat mengisi masa lapang. sepasang baju tulang belut mengambil masa 2 1/2 jam untuk menyiapkannya dan 2 jam bagi tempahan mata lalat. aku mengambil upah pada setiap malam bagi menyiapkan tempahan. seronok juga apabila dapat menyiapkan tugasan jahitan yang dapat. bulan2 posa, byk juga tempahan yang dapat malah kadang2 dalam masa seminggu dapat menyiapkan 7 pasang baju.

..:: Sukan Kayak ::..


Aku sudah pernah menyertai kayak laut, kayak sungai & kayak tasik, semuanya menyeronokkan dan pengalaman yang berbeza.
Kayak laut kena cekal & tabah, kerana akan mudah dibawa ombak ke tengah lautan. Kayak sungai plak, kena berani kerana akan mudah tenggelam kalo x pandai mengimbangkan diri dan mudah tenggelam dek arus yang deras. Kayak kolam senang sikit sebab air yang tenang & aman.
Kalo berjaya masa pertandingan kayak tu, merasa juga bertanding kayak di Sungai Sarawak...

..:: KeleBiHan FaceBooK ::..


Aku ni paling malas kalo nak update friendster ke, facebook ke,,,
tp baru2 ni aku dapat semangat baru tuk update facebook. pengalaman paling seronok, aku dapat jumpa kawan2 dari SK Kuang,, kawan yg paling lama aku x jumpa, hilang semasa kami semua melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah..
tp aku still berhati2 masa nak accept kengkawan, maklumla takut kantoi...
pertemuan demi pertemuan berlangsung, bersama teman2 lama. bertambah la cerita dan umpatan pada kawan2 lain.
Kalo nak tgk sedikit perkembangan aku, g la search aku kat facebook..

..:: SeLamaT Datang ..::


Salam 1Malaysia
Baru nak belajar buat blog , maklumla selama ni aku x pandai nak buat blog, x kreatif la katakan...
ini kiranya akan menggantikan diari aku la.. tuk paparan kawan2 yang dah lama x jumpa..
especially kawan2 sekolah kebangsaan kuang, sekolah menengah bukit gading, akademi infotech mara Kuala lumpur, SPACE UTMKL dan juga CASE UTMKL..
Lepas ni, kawan2 boleh la mengikuti perkembangan diri aku ni dari blog ni ajer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...