Wanita boleh di unsurkan kepada 4 bahagian (tanah, air, api dan angin), ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
1. Tanah
Tanah yang subur mempu menjadikan tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Rendah diri serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya.
b) Tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
c) Tenang, selalu memberi galakan dan sokongan
d) Tidak suka membantah atau membangkang.
e) Berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
2. Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita yang bersifat air biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Menghidupkan hati dan menjadikan sesiapa sahaja sentiasa bersemangat.
b) Mengambil berat dan kebajikan serta tidak pembimbing
c) Hatinya bersih serta serta dapat mebahagiakan keluarga.
d) Menenangkan hati bagi sesiapa yang menghadapi masalah.
3. Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita yang bersifat api biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Cintanya sentiasa hangat membara serta kuat cemburu.
b) Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal keluarga.
c) Penasihat yang baik.
d) Pandai dan cekap menguruskan keluarga.
e) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik.
f) Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
4. Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang bersifat angin biasanya mempunyai bersifat seperti:
a) Mempunyai sifat lemah lembut
b) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
c) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
d) Bijak mewujudkan suasana selesa.
e) Hati yang cepat berubah ubah.
No comments:
Post a Comment