1) Tugas polis peronda lebuh raya atau anggota penguatkuasa lebuh raya adalah mengiringi orang2 kenamaan (VIP), mengeluarkan saman kepada pesalah lalu lintas dan menjalankan tugas penguatkuasaan di lebuh raya seperti memeriksa kemalangan dan kenderaan yang mencurigakan
2) Anggota bertugas selama 8 jam sehari dan dibahagikan kepada 3 syif iaitu mulai 7pagi - 3petang, 3petang - 11malam dan 11malam - 7pagi. Tugas penguatkuasaan dan pemeriksaan dijalankan 24jam sehari bagi memastikan pengguna lebuh raya selamat sepanjang masa.
3) Polis peronda lebuh raya dibahagikan kepada beberapa sektor atau zon diketuai seorang komander
4) Bagi sektor lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban atau dikenali sebagai Zon tengah, anggota penguatkuasa zon ini bertanggungjawab meronda, memeriksa dan berhenti di semua plaza tol di kedua-dua arah lebuh raya bermula dari Plaza Tol Sg Besi ke Plaza Tol Nilai sejauh 47km.
5) Anggota akan berhenti, memeriksa dan menulis laporan dalam buku catatan di semua plaza tol yang dilawati sekiranya ada kes berlaku
6) Tugas rondaan dijalankan sama ada menaiki kereta peronda dengan seorang atau 2 rakan setugas yang lain atau bersendirian menaiki motosikal
7) Sebelum keluar meronda, anggota dikehendaki membuat beberapa pemeriksaan rutin bagi mengelak timbul kesulitan semasa bertugas. Pemeriksaan tersebut adalah untuk memastikan ada membawa kon, baju hujan, alat perhubungan walkie talkie, buku saman dan air minuman
8) Anggota juga harus memastikan kereta peronda atau motosikal yang akan digunakan untuk bertugas berkeadaan baik, bersih dan mempunyai minyak yang cukup. Minyak yang mencukupi penting kerana tempoh meronda tidak menentu. Kadangkala berlaku kes yang memerlukan polis mengejar penjenayah atau bekerja lebih masa.
9) Senjata api perlu dibawa kerana bimbang terserempak dengan penjenayah merbahaya yang memiliki senjata api
No comments:
Post a Comment