Followers

Tuesday, June 1, 2010

..:: Kenali Cystitis ::..

Cystitis adalah sejenis jangkitan pada pundi kencing wanita dan puncanya adalah dari bakteria yang dihasilkan oleh tubuh wanita itu sendiri.

Simptonnya ialah kesakitan ketika membuang air kecil dan tidak selesa pada bahagian bawah abdomen.

Cara-cara Pencegahan:
  • Banyakkan minum air suam sekurang2nya 1.5-2 liter sehari
  • Pastikan anda buang air kecil sebelum tidur dan selepas melakukan hubungan seks
  • Kajian menunjukkan dengan meminum sebanyak 300 mililiter jus kranberi setiap hari akan mengurangkan risiko cystitis sebanyak 50%. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengambil kranberi yang telah diproses dalam bentuk kapsul
  • Elakkan sembelit, ini kerana sembelit boleh mengurangkan peluang pundi kencing untuk kosong sepenuhnya
  • Makanan untuk tambahan seperti Dandelion bertindak sebagai agen diuretik (perkumuhan kencing) yang baik. Ia sekaligus memastikan bakteria berjangkit dikeluarkan dari pundi kencing sebelum reaksi alahan terjadi. Memang ia terbukti untuk merawat dan mencegah cystitis namun ande perlu juga mengekalkan pengambilan air suam yang secukupnya setiap hari.
  • Pastikan anda meminta nasihat doktor jika anda menderita cystitis sekali lagi untuk mengenalpasti punca mengapa anda sering mengalaminya. Ini penting untuk mengetahui tentang jenis bakteria dan rawatan yang bersesuaian dengan permasalahan tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...