Followers

Monday, June 28, 2010

..:: Origin and Meaning of the Name Elza ::..

Gender:  Girl

Origin: Hebrew

Meaning: Joyful

Meaning: Its source is Elisheva, a Hebrew name meaning "God's promise."

..:: Lawak Rokok ::..

Cigarette Name story



I am Peter Stuyvesant

I have two friends, Benson and Hedges

I came from the city of Marlboro,

In the Salem high country

I Always carry a Mild Seven

I rode on a White Horse

Going to Kingsway in Kent

It was Lucky Strike I fell in love

With the daughter of Master Duke

Her name Was YSL

We got married by Perillys , the priest

We checked in at the house of Dunhill

And booked into room number 555

I laid her on the bed made of Gold Leaf

I played with her two Matterhorns

When I poked in my Rothmans King Size

She cried in delight, 'You are a Rough Rider !!!'

You are riding like a mad Camel

When I asked her if she is satisfied

She answered' I want MORE! !!!'

Then suddenly she turned around and asked me if I want to enter her Gudang Garam.

She said... depan belakang puas, barulah SAMPOERNA!!!

..:: Amukan Portugal ::..


PERANCANG Korea Utara, Pak Nam-Chol (tengah) diasak pemain Portugal, Tiago (kanan) sambil diperhatikan oleh Miguel pada aksi semalam. Portugal menang 7-0.

--------------------------------------------------------------------------------

CAPE TOWN – Portugal mengamuk. Tanpa ada rasa belas kasihan, mereka membelasah Korea Utara 7- 0 pada aksi kedua Kumpulan G yang berlangsung dalam keadaan hujan malam tadi.

Ia sekali gus meletakkan Portugal sebelah kaki untuk layak ke pusingan kedua manakala perjuangan Korea Utara pada Piala Dunia 2010 sudah berakhir berakhir.

Dengan Brazil telah mengesahkan tempat ke pusingan kedua, Portugal yang kini mengumpul empat mata meninggalkan Ivory Coast dalam kedudukan cukup tipis untuk melayakkan diri.

Biarpun hanya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Raul Meireles pada minit ke-29, Portugal terus garang menambah enam lagi gol pada babak kedua.

Namun, ia bukan tugas mudah bagi Portugal kerana pada babak pertama, Korea Utara turut mencipta beberapa peluang menerusi corak permainan serangan balas.

Suasana permainan bagaimanapun berubah terus setelah Portugal memperoleh tiga gol pantas pada awal separuh masa kedua.

Gol kedua Portugal dijaringkan oleh Simao Sabrosa pada minit ke-53 diikuti gol ketiga dan keempat masing-masing hasil jaringan Hugo Almeida (56) dan Tiago (60).

Pada minit ke-81, penyerang gantian Portugal, Liedson menambah gol kelima sebelum ketua pasukan, Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan kemarau gol antarabangsa sepanjang dua tahun dengan meledak gol keenam Portugal pada minit ke-87.

Tiago menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ketujuh Portugal pada minit ke-90 untuk menutup kemenangan penuh bergaya itu.

Sebelum sepak mula, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz telah membuat empat pertukaran terhadap kesebelasan pemain yang terikat seri tanpa jaringan dengan Ivory Coast pada aksi sulung Portugal.

Tiago mengisi tempat Deco yang cedera manakala Simao, Almeida dan Miguel menggantikan Danny, Liedson dan Paulo Ferreira. – AFP

..:: Cantiknya BIDADARI ::..

Harumnya Bidadari

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sekiranya salah seorang bidadari surga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kecantikan Fizikal
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rombongan yg pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilauan di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua istri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada yg bujang.” (HR. Bukhari dan Muslim)

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

“Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” (Qs. Ad-Dukhan: 54)

Abu Shuhaib al-Karami mengatakan, “Yang dimaksud dengan hur adalah bentuk jamak dari haura, yaitu wanita muda yang cantik jelita dengan kulit yang putih dan dengan mata yg sangat hitam. Sedangkan arti ‘ain adalah wanita yang memiliki mata yang indah.

Al-Hasan berpendapat bahawa haura adalah wanita yang memiliki mata dengan putih mata yang sangat putih dan hitam mata yang sangat hitam.

Sopan dan Pemalu
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati bidadari dengan “menundukkan pandangan” pada tiga tempat di Al-Qur’an, yaitu:

“Di dalam syurga, terdapat bidadari-bidadari yang sopan, yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahman: 56-58)

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” (Qs. Ash-Shaffat: 48)

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”

Seluruh ahli tafsir sepakat bahawa pandangan para bidadari syurgawi hanya tertuju untuk suami mereka, sehingga mereka tidak pernah melirik lelaki lain.

Putihnya Bidadari
Allah Ta’ala berfirman, “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. ar-Rahman: 58)

al-Hasan dan mayoritas ahli tafsir lainnya mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah bidadari-bidadari syurga itu sebening yaqut dan seputih marjan.

Allah juga menyatakan,“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.” (Qs. Ar-Rahman: 72)

Maksudnya mereka itu dipingit hanya diperuntukkan bagi para suami mereka, sedangkan orang lain tidak ada yang melihat dan tidak ada yang tahu. Mereka berada di dalam kemah.

Baiklah…ini adalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Kerana bagaimanapun gambaran itu, maka manusia tidak akan boleh membayangkan sesuai rupa asli bidadari, kerana sesuatu yg berada di syurga adalah sesuatu yang tidak/belum pernah kita lihat di dunia ini.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah mengetahui sifat fisik dan akhlak bidadari, maka bukan berarti bidadari lebih baik daripada wanita surga. Sesungguhnya wanita-wanita surga memiliki keutamaan yang sedemikian besar, sebagaimana disebutkan dalam hadits,

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan lagi, seorang manusia telah Allah ciptakan dengan sebaik-baik rupa,

“Dan manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik rupa.” (Qs. At-Tiin: 4)

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Beliau menjawab, “Kerana shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami ridha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” (HR. Ath Thabrani)

Lirik Lagu - Arjuna (Tomok)

Kabur kabus yang melindung
Haluan menuju ke mahligai kalbu
Biar samar ku teruskan langkah ku ke depan
Seruan disahut

Korus

Demi nama cinta agung kita
Ku juangkan segalanya
Tiada yang bisa menghalang kita berdua
Keranamu aku sanggup
Mempertaruhkan nyawa
Asal ditabalkan kasih

Arjuna

Meskipun duri menyucuk
Meninggalkan parut di pelusuk kalbu
Pahit pun akan ku telan jua
Untuk kemanisannya bila bersama

(ulang korus)

Ku mahu ku perlu
Kasih sayang darimu
Hulurkan curahkan
Cinta murni hatimu

(ulang korus)

Friday, June 25, 2010

..:: Sinetron Cinta dan Anugerah ::..

Hari ini nak komen pasal citer sinetron cinta dan anugerah. Cerita ini ditayangkan di tv9 setiap ari isnin - khamis jam 5.30 ptg-6.30ptg. Mula2 citer ini memg seronok tetapi lama-kelamaan, membosankan. Secara jujurnya, citer ni jarang/x berlaku pun dalam masyarakat Malaysia, dongeng semata2. Kalau nak dibandingkan cerita Malaysia dengan cerita asing, cerita asing jarang berlaku pada masyarakat kita. Rakyat Malaysia memang mengikut budaya timur.

ST12 – KebesaranMu
Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]

kebesaran-Mu Tuhan

Friday, June 18, 2010

..:: Semut ::..

Semua kegiatan koloni semut berkisar seputar ratu dan telurnya. Ratu semut ini sangat dijunjung tinggi oleh rakyatnya. Semua keperluan sang ratu dipenuhi para pekerjanya. Hal terpenting yang dilakukan oleh pekerja semut adalah melayani sang ratu dan memastikan bahawa sang ratu dan bayinya selamat.

Telur semut sebagai harta karun yang paling berharga bagi koloni. Ketika semut merasakan bahaya mengancam larva, yang pertama ia lakukan adalah memindahkannya ke tempat aman. Akan tetapi, bayi semut akan mati jika berada di udara kering di luar sarang selama beberapa jam, para pekerja berusaha menjaga kelembapan udara tempat larva berada. Ada pelbagai teknik yang mereka gunakan untuk hal ini. Pertama, mereka membangunkan sarang sedemikian rupa untuk menjaga kelembapan udara dan tanah. Selain itu, semut yang menjadi perawat bayi memindahkan semua semut muda naik-turun di dalam sarang untuk mencari tempat yang paling sesuai. Kebutuhan bayi semut berubah-ubah setiap usia. Misalnya, telur dan larva membutuhkan lingkungan yang lembap, sedangkan kepompong semut harus diletakkan di lingkungan yang benar-benar kering. Para pekerja tetap melaksanakan tugasnya selama 24 jam tanpa henti untuk menyelesaikan kewajibannya.

Pekerja semut tidak bertelur, melainkan mengabdikan dirinya menguruskan telur-telur ratunya. Mereka menghadapi risiko kerja yang tinggi, kerana medium lembap yang dibutuhkan telur dan larva ideal bagi per-tumbuhan bakteri dan jamar yang berbahaya bagi kesihatan semut.

Bagaimana para pekerja melindungi dirinya di lingkungan yang tidak sihat ini? Selain menciptakan semut dengan tubuh yang sempurna, Allah menganugerahkan mereka teknik pertahanan diri. Kelenjar metapleural di rongga dada semut dewasa terus-menerus menghasilkan senyawa-senyawa yang dapat membunuh bakteri dan jamur. Oleh kerana itu, koloni semut jarang sekali diserang infeksi bakteri dan jamur.

..:: Kehidupan ini Ibarat Lebah ::..

Sarang lebah berbentuk segi enam dimana sarangnya itu efisien dalam penggunaan ruang. Makanannya adalah serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpulkan makanan yang banyak sebagai simpanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembahagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu, bahkan sengatannya pun dapat di jadikan ubat.

"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosakkan dan tidak pula memecahkannya".

Thursday, June 17, 2010

..:: 6 Perkara Allah Sembunyikan ::..

Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud... "tidak"

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian Jibrail a.s. berkata:

"Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
  • Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-Nya yang maha agung di dalam Al-Quran.
  • Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.
  • Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

 

..:: TATACARA PEMAKAIAN CINCIN ::..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali ra. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:-


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

Dan jangan memakai pada jari :-

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

..:: TANDA-TANDA AWAL KANSER ::..

(1) Kanser pangkal rahim

- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil


Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

..:: RAHSIA TAUGE ::..

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas..

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

..:: Burger Terbesar Di Dunia ::..


SYDNEY - Kafe Sydney di Australia mendakwa berjaya memecah rekod dunia setelah ia menghasilkan burger gergasi berinti daging lembu seberat 81 kilogram (kg) yang mengambil masa 12 jam untuk disediakan kelmarin.


Burger gergasi itu dimasak oleh dua pemilik kafe berkenaan, Joe dan Iman El-Ajouz di bandar ini dengan berat keseluruhan 90 kg sekali gus menenggelamkan rekod sebelum ini, 84kg yang dicatat di negeri Michigan , Amerika Syarikat.

Burger tersebut mengandungi daging lembu, 120 biji telur, 150 kepingan keju, 1.5kg lobak, 2.5kg tomato dan 2kg salad dengan dilapisi sos istimewa dan roti ban gergasi. - Reuters

Tuesday, June 15, 2010

..:: Congratulations UTM ::..


Sekalung tahniah & penghargaan buat UTM kerana telah berjaya menjadi Universiti Penyelidikan yang terulung di Malaysia.. Bangga betul menjadi pelajar UTM.....

Bagus juga pencapaian UTM... Mudah2an, universiti lain pun mampu mengikut jejak langkah UTM..


Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang, UTM Vice Chancellor

"" As a research university, UTM plays a vital role in ensuring the success of the New Economic Model through high value creation and quality human capital, especially in education, research and professional services. ""

Monday, June 14, 2010

..:: ALKISAH DRACULA... ::..

Pada satu hari,Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.
Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.


Sayaakan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yang telah kamu lakukan" kata ahli sihir.


Saya akan hantar kamu balik ke bumi,TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.


Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yang awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.


Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa kurang bijak sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir.
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.


Dracula yang masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita...heheheh...

..:: Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul ::..

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah
.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar

..:: Akukah yg bersalah..??? ::..

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. 

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang berdiri selepas rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya berniat baik ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat disebelah berdehem dan ia umpama amaran daripadanya.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai2 nak masukkan kain ke celah punggung tok imam...haru-biru dibuatnya..!!

..:: Dapatkan 5 Melalui 5 Jalan ::..

1. Solat Dhuha 
Rezeki murah dan keberkatan akan diperolehi melalui solat Dhuha.

2. Solat Tahajjud
Cahaya dalam kubur melalui solat Tahajjud.

3. Membaca Al-Qur'an
Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar & Nangkir melalui membaca Al-Qur'an.

4. Sedekah
Kemudahan melintasi Siratal Mustaqim melalui Puasa & Sedekah.

5. Zikir
Mendapat perlindungan ARSY ILAHI pada hari HISAB melalui Zikrullah 

..:: Taman Tasik Shah Alam ::..

Sabtu lepas, aku dengan kakak, anak saudara & adik ku g la Taman Tasik Shah Alam... biasalah, aktiviti minggu dengan aktiviti berfaedah... adik ku & suami g main kayak.. aku plak dengan anak saudara ku, g makan ikan dengan roti yang kami beli sebelum sampai taman tasik... mula2 aku bagi makan kura2... rupa2nya bukan saja ada kura2 tp ada keli (rasa mcm keli bunga ke, atau keli afrika) yang besar.. kelakar juga aku tgk ikan keli tu berebut makanan dengan kura2.. kura2 memg lambat, nak rebut makanan pun lambat juga.. yang berjaya dapat makanan adalah keli yg besar tu la.. sekali keli tu buka mulut, sebesar penumbuk pun ada.. dah la byk..

Lepas tu, aku g la bawa anak saudara ku main2 dekat dengan restoran tu.. dah bosan2 menunggu adik aku abis kayak, ada la tinggal roti yg baki td.. apa lagi, aku dengan anak saudara aku g la bg makan ikan dekat kolem tasik tu.. aku tgk ada pelbagai saiz ikan besar2 (lampam, keli, talapia & lain2 ikan) yang saiznya lebih besar dari peha aku.. semua berebut nak makan... nasib baik aku x terjatuh dalam tasik tu.. sebab terperanjat... sikap kami yang teruja dengan saiz ikan besar2 tu mendorong pengunjung lain untuk turut melihat ikan yang ada... semua org kagum.. yela, ikan2 semua besar, kalo dapat tangkap, memang kenyangla....

Aku pun plan jahat la dengan kakak aku nak tangkap ikan2 yg besar tu guna sauk ikan ajer.. kalo pancing nanti MBSA nampak, dah kena tangkap... harap2 nanti kalo aku dtg lagi, pasti dapat tangkap ikan tu... heheheh

..:: Anak Arnab ::..

Aku dapat sepasang lagi anak arnab yang comel.. yg sekor warna kelabu & yg sekor lagi warna putih & ada tompok hitam sikit...

Pagi ahad yg lalu, lepas subuh, aku dengar bunyi anak arnab aku menangis... apa lagi, aku berlari ke kandang arnab... maklumla, kandang arnab aku dekat dengan pintu depan rumah.. aku tgk , kaki anak arnab tu dah x boleh gerak.. sian aku menengoknya.. nak kata kakinya luka, x der luka.. tp x tau la.. puas la aku mencari klinik haiwan kawasan ni, x der pun... xperla... dengan belaian , mampu beri semangat pada anak arnab tu...

gambar kemudian yer....

..:: Kejayaan Menurunkan Berat Badan ::..

Selama seminggu aku mengamalkan pelan pemakanan yang seimbang. kadang2 mencabar juga kesabaran... yela, sedangkan orang lain enak2 makan semua makanan yang terhidang di depan mata, aku plak sabar melihat... selepas seminggu, aku pun timbangla berat badan... wah... terperanjat aku dibuatnya apabila aku berjaya menurunkan berat badan 3kg dlm tempoh seminggu...

1 minggu = 3 kg
4 minggu = 12kg....
6 minggu = 18kg...

dalam tempoh 5 minggu ajer, berat yang aku impikan berjaya... alangkah gembiranya.... boleh la aku buka konsultant kuruskan badan.....muarh...muarh....

Lepas berjaya menurunkan berat badan, aku just maintain berat ajer. xperlu bersusah lagi untuk diet....xper... nanti aku akan maklumkan lagi perkembangan terbaik ni..

Friday, June 11, 2010

..:: Santai di Waktu Malam ::..

Malam minggu yang lalu, aku bersama anak saudara aku g makan sambil menikmati pemandangan kapal terbang yang lalu lalang di Subang. Anak saudara aku gembira melihat bulan, bintang yang berkelipan dan kapal terbang fire fly yang lalu dikawasan gerai yang kami makan. Aku meng order minuman kegemaran dia iaitu milo ais... Anak saudara ku berumur 3 tahun dan habis dia minum air milo tu seorang diri. Anak saudara ku tu aku anggap seperti anak sendiri, dia terlalu manja dengan ku dan kemana saja aku pergi, mesti aku bawa dia sekali... Sebab tu lah aku anggap dia macam anak sendiri....

..:: Binatang Peliharaanku - Arnab ::..



Sebelum ni, ibu arnab ni ada 3 ekor anak, tp disebabkan sikap bapa arnab yang jahat, telah membunuh dua (2) ekor anak arnab. So, tinggallah sekor ajer... dah la comel... Anak arnab ni sentiasa nampak penat sebab badannya yang berat dan gebu.. tu yg malas ajer nak buat aktiviti. Ibu2 arnab ni makan kangkung dari ladang (tanam sendiri). Sebab khasiat yang baik, ibu & ayah arnab pun nampak gebu juga. Minggu depan nak buat rumah arnab yang baru, nak pisahkan anak arnab dengan bapa arnab. Umur arnab ni baru 2 minggu... Arnab ni memg jenis berbulu lebat....

..:: Pengurangan Berat Badan ::..

Selama 3 tahun, semakin hari berat badan semakin bertambah. Tiba2 timbul keinginan untuk menguruskan badan. Saya pun dengan langkah berani menuju ke London Weight Management di Kepong, Selangor. Sesi pelangsingan yang di usulkan amat berbaloi. Sesi ni mengambil masa dalam 3 jam dengan pakej yang ditawarkan berbeza antara pelanggan.

Di akhir sesi tersebut, pihak konsultan London Weight Management menyerahkan "Meal Plan" yang perlu diikuti. Mula2 menerima meal plan tersebut, terfikir juga samada mampu ikut atau tidak. Kerana semangat yang kental, gagahi diri untuk terus mengikut sesi ni. Yang penting, berdisiplin dalam mengikut pelan makanan yang disediakan. Rupa2nya, badan saya alah kepada aktiviti ini menyebakan saya demam selama 3 hari.

Walaupun baru menjalani rawatan ini dan baru 1 kali pergi sesi pelangsingan badan ini, berat saya sudah berkurangan. Saya akan ikuti meal plan yang dicadangkan dan berharap berat badan saya menjadi ideal dlm tempoh kurang 2 bulan.

Friday, June 4, 2010

..:: Punca Keletihan ::..

Kdangkala kita selalu kelihatan lesu dan keletihan. Ada pelbagai punca yang boleh dibincangkan:
1. Kekurangan darah
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu.
Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor

2. Kekurangan hormon tiroid

3. Jangkitan kuman air kencing (UTI)
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

4. Terlebih caffein
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin

5. Alahan makanan

6. Sleep Apnea
Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Doktor menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.


7. Lemah Jantung

..:: Perubatan Makinta Di Tg Malim::..

Kali ini hendak bercerita mengenai perubatan makinta. Sebelum ni, pusat perubatan ni hanya boleh di dapati di Kuala Kubu Bharu (berhadapan stesen bas Kuala Kubu Bharu) dan Pantai Dalam, tetapi sekarang pusat perubatan ini sudah dibuka di Tg Malim.

Pusat perubatan ini menawarkan perkhidmatan terapi keupayaan elektrik. Saya dah 4 kali menjalankan rawatan ini di kuala kubu bharu. Kesan yang diperolehi juga amat berkesan.
Perubatan ini dapat memberikan kesan-kesan yang baik bagi masalah :
1. Sakit Bahu
2. Sakit dan Pening Kepala
3. Masalah Tidur
4. Sembelit

Tetapi, kesan baik dalam masa jangka masa panjang seperti masalah berikut:
1. Darah tinggi
2. Kolestrol
3. Sakit Jantung
4. Strok
5. Kencing Manis
6. Resdung
7.Asma
8.Gaut
9.Sakit Lutut
10. Gangguan Menopos

Thursday, June 3, 2010

..:: Episod Kopi Secawan ! ::..

Seorang pegawai yang begitu leka membaca surat khabar di rumahnya pada suatu pagi berkata : "Bawakan saya secawan kopi lagi!". Isterinya menyampuk : "Abang tak ke opis ke hari ni?". "Abang ingat abang dah kat opis tadi!," jawab suaminya terkejut.

Pengajaran: Sifat bos yang suka mengarah di opis janganlah pula dibawa ke rumah.

..:: Tanaman Malberi ::..

Hari ni nak citer pasal malberi. Buah pokok ni sangat manis kalo dah cukup masak. Saya ada 12 pokok malberi dirumah. Seronok tengok buah malberi ini, kecil ajer buahnya... Kalo nak buah lebat, rajin2 la cantas... Buah ini juga boleh dicampurkan bersama buah roselle... Buah yang berwarna purple tu adlah buah yang telah masak. Rupa buahnya mcm anggur (tp anggur yg sgt kecil). Tanaman ini saya tanam dalam tanah tetapi masih menggunakan medium sabut. Ini kerana sabut akan menyimpan air. Saya ada juga menanam pokok ini dalam pasu tetapi pokok saya mati akhirnya.

Tuesday, June 1, 2010

..:: Hijau ( Zainal Abidin ) ::..

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda

Dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat

Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini

Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo

..:: Tip Mengurangkan Tekanan ::..

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran. Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat. Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah. Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah. Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan. Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat. Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati. Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri. Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri. "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

..:: Kenali Cystitis ::..

Cystitis adalah sejenis jangkitan pada pundi kencing wanita dan puncanya adalah dari bakteria yang dihasilkan oleh tubuh wanita itu sendiri.

Simptonnya ialah kesakitan ketika membuang air kecil dan tidak selesa pada bahagian bawah abdomen.

Cara-cara Pencegahan:
  • Banyakkan minum air suam sekurang2nya 1.5-2 liter sehari
  • Pastikan anda buang air kecil sebelum tidur dan selepas melakukan hubungan seks
  • Kajian menunjukkan dengan meminum sebanyak 300 mililiter jus kranberi setiap hari akan mengurangkan risiko cystitis sebanyak 50%. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengambil kranberi yang telah diproses dalam bentuk kapsul
  • Elakkan sembelit, ini kerana sembelit boleh mengurangkan peluang pundi kencing untuk kosong sepenuhnya
  • Makanan untuk tambahan seperti Dandelion bertindak sebagai agen diuretik (perkumuhan kencing) yang baik. Ia sekaligus memastikan bakteria berjangkit dikeluarkan dari pundi kencing sebelum reaksi alahan terjadi. Memang ia terbukti untuk merawat dan mencegah cystitis namun ande perlu juga mengekalkan pengambilan air suam yang secukupnya setiap hari.
  • Pastikan anda meminta nasihat doktor jika anda menderita cystitis sekali lagi untuk mengenalpasti punca mengapa anda sering mengalaminya. Ini penting untuk mengetahui tentang jenis bakteria dan rawatan yang bersesuaian dengan permasalahan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...