Followers

Thursday, June 17, 2010

..:: Burger Terbesar Di Dunia ::..


SYDNEY - Kafe Sydney di Australia mendakwa berjaya memecah rekod dunia setelah ia menghasilkan burger gergasi berinti daging lembu seberat 81 kilogram (kg) yang mengambil masa 12 jam untuk disediakan kelmarin.


Burger gergasi itu dimasak oleh dua pemilik kafe berkenaan, Joe dan Iman El-Ajouz di bandar ini dengan berat keseluruhan 90 kg sekali gus menenggelamkan rekod sebelum ini, 84kg yang dicatat di negeri Michigan , Amerika Syarikat.

Burger tersebut mengandungi daging lembu, 120 biji telur, 150 kepingan keju, 1.5kg lobak, 2.5kg tomato dan 2kg salad dengan dilapisi sos istimewa dan roti ban gergasi. - Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...