Followers

Friday, June 11, 2010

..:: Pengurangan Berat Badan ::..

Selama 3 tahun, semakin hari berat badan semakin bertambah. Tiba2 timbul keinginan untuk menguruskan badan. Saya pun dengan langkah berani menuju ke London Weight Management di Kepong, Selangor. Sesi pelangsingan yang di usulkan amat berbaloi. Sesi ni mengambil masa dalam 3 jam dengan pakej yang ditawarkan berbeza antara pelanggan.

Di akhir sesi tersebut, pihak konsultan London Weight Management menyerahkan "Meal Plan" yang perlu diikuti. Mula2 menerima meal plan tersebut, terfikir juga samada mampu ikut atau tidak. Kerana semangat yang kental, gagahi diri untuk terus mengikut sesi ni. Yang penting, berdisiplin dalam mengikut pelan makanan yang disediakan. Rupa2nya, badan saya alah kepada aktiviti ini menyebakan saya demam selama 3 hari.

Walaupun baru menjalani rawatan ini dan baru 1 kali pergi sesi pelangsingan badan ini, berat saya sudah berkurangan. Saya akan ikuti meal plan yang dicadangkan dan berharap berat badan saya menjadi ideal dlm tempoh kurang 2 bulan.

1 comment:

shidasyakirin said...

peh rajin ko beb p slimming centre bp kg mau turun tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...