Followers

Monday, June 28, 2010

..:: Amukan Portugal ::..


PERANCANG Korea Utara, Pak Nam-Chol (tengah) diasak pemain Portugal, Tiago (kanan) sambil diperhatikan oleh Miguel pada aksi semalam. Portugal menang 7-0.

--------------------------------------------------------------------------------

CAPE TOWN – Portugal mengamuk. Tanpa ada rasa belas kasihan, mereka membelasah Korea Utara 7- 0 pada aksi kedua Kumpulan G yang berlangsung dalam keadaan hujan malam tadi.

Ia sekali gus meletakkan Portugal sebelah kaki untuk layak ke pusingan kedua manakala perjuangan Korea Utara pada Piala Dunia 2010 sudah berakhir berakhir.

Dengan Brazil telah mengesahkan tempat ke pusingan kedua, Portugal yang kini mengumpul empat mata meninggalkan Ivory Coast dalam kedudukan cukup tipis untuk melayakkan diri.

Biarpun hanya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Raul Meireles pada minit ke-29, Portugal terus garang menambah enam lagi gol pada babak kedua.

Namun, ia bukan tugas mudah bagi Portugal kerana pada babak pertama, Korea Utara turut mencipta beberapa peluang menerusi corak permainan serangan balas.

Suasana permainan bagaimanapun berubah terus setelah Portugal memperoleh tiga gol pantas pada awal separuh masa kedua.

Gol kedua Portugal dijaringkan oleh Simao Sabrosa pada minit ke-53 diikuti gol ketiga dan keempat masing-masing hasil jaringan Hugo Almeida (56) dan Tiago (60).

Pada minit ke-81, penyerang gantian Portugal, Liedson menambah gol kelima sebelum ketua pasukan, Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan kemarau gol antarabangsa sepanjang dua tahun dengan meledak gol keenam Portugal pada minit ke-87.

Tiago menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ketujuh Portugal pada minit ke-90 untuk menutup kemenangan penuh bergaya itu.

Sebelum sepak mula, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz telah membuat empat pertukaran terhadap kesebelasan pemain yang terikat seri tanpa jaringan dengan Ivory Coast pada aksi sulung Portugal.

Tiago mengisi tempat Deco yang cedera manakala Simao, Almeida dan Miguel menggantikan Danny, Liedson dan Paulo Ferreira. – AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...